Ku Tanyakan Pada Sang Guru...
Ku Tanyakan Pada Sang Guru
Wahai guru ku, ceritalah apa asal mu...
Hai anak...
Aku juga insan seperti mu dulu
Mentah tiada haluan namun terima bimbingan
Oleh Sang Guru seperti ku
Pelbagai nasihat sebagai iringan
Wahai guru ku, katakanlah apa pinta mu...
Hai anak...
Hadiahkanlah aku sebutir bintang kejayaan
Cukup bagi ku untuk dibawa sebagai kepuasan
Bagi mu ia kejayaan
Bagi ku ia anugerah sepanjang zaman
Wahai guru ku, ceritalah apa rahsia mu
Hai anak...
Terpikul atas ku tanggungjawab maha berat
Tugas mendidik sebagai amanat
Akan dihisab di Hari Akhirat
Wahai guru ku, berikanlah aku satu amanat...
Hai anak...
Gunakanlah segala ajar ku
Untuk bekal diri mu
Agar tiada susah menghurungi mu
Terpakailah ia sebagai ilmu
Wahai guru ku,
Terima kasih atas luangan waktu mu
buat diriku...
mendidik dan memimpin ku
agar terdidik jiwa bersamanya berkembang ilmu
mampu bersaing
sebagai insan dan khalifah ALLAH
di bumi warisan nenek moyang ku...
Nukilan,
Cikgu Faisal Farish
16 Mei 2009
Sempena Sambutan Hari Guru 2009
Satu nukilan yang sangat tulus dan suci dari hati yang ikhlas...menarik!
BalasPadamSelamat Hari Guru kepada anda yang Mengerti Istilah Guru!