Perbezaan Kedudukan Bulan Pada 13 Ramadhan 1441 dan 13 Ramadhan 1440
Kedudukan Bulan Penuh pada malam 13 Ramadan 1441/6 Mei 2020
Kedudukan Bulan Penuh pada malam 13 Ramadan 1440/18 Mei 2019
PERIHAL LANGIT MALAM YANG KITA LIHAT
Di dalam ilmu falak pengiraan yang tepat adalah penting. Tarikh dan waktu dihitung dgn peredaran bulan dan bintang dengan sifir dan perkiraan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli falak atau astronomi.
Pada tahun 2019, Cikgusir mula membaca beberapa artikel yang menyatakan kedudukan bintang dan bulan berubah mengikut tahun. Dari situ timbul keinginan untuk melihat sendiri keagungan aturan ciptaan Allah. Langit yang kita lihat di hadapan mata kita pada setiap hari dihiasi dengan bintang-bintang. Bintang-bintang itu pula dilakarkan dengan pelbagai bentuk oleh ahli-ahli falak atau ahli-ahli astronomi dengan pelbagai nama dan bentuk.
APA YANG DIPERKATAKAN DI DALAM AL-QURAN
Di dalam Surah Al-Hijr, Allah SWT telah berfirman di dalam ayat 16,
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya."
PERASAAN INGIN TAHU
Pada Ramadan tahun lepas Cikgusir ada install perisian astronomi. Menggunakan perisian tersebut, Cikgusir dapat memerhatikan pergerakan bintang-bintang dan lain-lain jasad samawi. Pada 13 Ramadan 1440, Cikgusir membuat satu tangkapan skrin kedudukan buruj bintang Libra. Cikgusir teruja nak tengok juga kedudukan buruj bintang Libra ini pada tarikh yang sama tahun hadapan. Keputusannya agak menarik, kedudukan buruj bintang Libra berubah sedikit dari tahun yang sebelumnya. Indahnya ciptaan Tuhan.
Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.