Suatu monolog... penyesalan atau... ?
Benarlah sebagaimana digambarkan orang-orang terdahulu di dalam puisi-puisi dan bahasa-bahasa yang indah bahawa hidup di dunia ini merupakan satu perjalanan yang penuh dengan keindahan yang dapat kita kecapi melalui pengalaman dan ujian. Walaupun apa yang dilalui di sepanjang lebuh kehidupan dunia ini sepanjangnya hanyalah kedukaan, kepahitan, kesengsaraan namun kemanisan atas tiap pengalaman-pengalaman tadi tetap ada kemanisannya. Kemanisan itu hadir di dalam kematangan kita menilai salah laku dan tindakan kita di dalam meniti suratan hidup.
Melihat takdir yang telah berlaku juga merupakan saat indah untuk dikenang. Betapa DIA yang MAHA PENGASIH, membiarkan sahaja kita melakukan dosa tanpa menghukum ketika kemungkaran kita lakukan. Akhirnya kesedaran ditimbulkan juga oleh-NYA agar kita tidak terus-menerus bergelumang dengan kemungkaran. Untuk keluar dari kenikmatan yang mungkar amatlah pedih dan pahit untuk dihadapi. Akan tetapi pedih dan pahit itu kemudiannya menjadi indah dan nikmat bila mengenangkan ianya satu RAHMAT dan KASIH SAYANGNYA buat diri kita dan mengajar kita akan erti salah dan benar. Diri ini memanjatkan kesyukuran terhadap Mu ya Tuhan kerana pengalaman manis yang kau berikan serta pengalaman pahit perpisahan ini juga telah menjadikan diri ini lebih berhati-hati di atas kertas ujian yang diri Mu berikan sebagai menguji keimanan makhluk kerdil yang kau ciptakan ini yang bernama MANUSIA. Terima Kasih TUHANku. Tanpa kejutan dari mimpi indah yang hanya angan-angan yang tidak berkesudahan sudah pasti aku akan kehilangan sesuatu yang amat berharga pada diriku.

Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.