Bukan bunuh diri... Walaupun musim


Hari ni aku pergi daftar ke tempat kerja baru. Bagaikan sirih pulang ke gaganglah kata orang tua-tua sebab memang dari kecil aku membesar di sana dengan nenek ku.

NENEK... orangnya masih gagah lagi... pernah aku tanya umurnya... sekejap 40 tahun sekejap 60 tahun... lantaklah malas nak tengok IC dia...(Tapi aku rasa dah menjangkau 80-an). Antara aktiviti -aktiviti yang boleh dilakukannya seorang diri adalah pergi ke Kuala Lumpur dan menaiki tren komuter dan LRT ke rumah anaknya.

Tapi hari ni memang lagi hebat. Selepas selesai urusan lapor diri, aku singgah sebentar di rumah nenek ku yang tak jauh dari lokasi tempat bertugas. Kelihatan laman bagai baru dibersihkan (disapu dan daun-daun kering dan separa lembab telah dibakar). Aku terus ke pintu rumah. Eh.. Berkunci... "Assalamualaikum Nek.. oo... nek...! Ada kat dalam ke?" agak lama tiada jawapan. Pada fikiranku barangkali nenek pergi ke rumah makcik Kiah sebelah rumah... ku ulang salam yang ku jeritkan tadi...

"Uiii.... kat sini lah...!" salam ku bersahut... "Mana?!" ku minta kepastian.. "Atas! atas!".... sah suara dari atas bumbung ... Ishh! ish!... kat situ rupanya... nak tau apa dia buat atas bumbung tu? Dia kata "Repair bumbung bocor"...

Cayalah nek lu memang hebat!! Tak macam aku... mudah gayat...

Gambar 01: La... kat sini rupanya dia duduk. dari tadi dia perhatikan aku rupanya.

Gambar 02: Elok-elok Nek oii... Jatuh susah nanti... Ingatlah Polisi "Safety First"...

Ulasan

  1. assalamualaikum sir! Hahahaha....hebat sungguh nenek sir tu ek? Siap nak 'repair' bumbung lagi! Bukan sir je, saya ni, usahkan bumbung, panjat meja pun gayat semacam.....heheheh! Sir! Nak tanya satu soalan nih, macam mana kita nak kasi gambar kita tunggal...I mean, hanya gambar kita je yang ada, tak ada background masa kita snap gambar. Ye laa...gambar kalau di snap, biasanya dalam petak kan? Macam mana nak kasi ia 'shot' betul2 kat kita.....?

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidil adha sir......

    BalasPadam
  3. baguihnye nenek ni... DIY tu nmenye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak