Bahawasanya sahaya salah

Petikan buku "Hikayat Abdullah"
NAK SAMBUNG TULIS, LAIN YANG DAPAT...
Terasa ingin menyambung menulis tentang Sultan Hussin Syah. Makanya Cikgusir pun membacalah semula ceritanya yang lebih panjang di dalam buku "Hikayat Abdullah"; beberapa bab telah dibaca dengan sekali lalu dan mata pulak terhenti pada ... "Bab VI: Darihal Raja Farquhar". Tiba-tiba terasa ingin tahu adakah nama Farquhar itu sememangnnya nama keturunan bangsa Inggeris?... kerana Cikgusir rasa macam dah tak ada lagi nama macam tu digunakan pada masa kini. Cikgusir pun beralihlah pulak kepada 'Mr. Google" untuk carian...


Mengikut Hikayat Abdullah beliau digelar "Raja Farquhar".
Sumber gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/William_Farquhar

FAR-KOO-HAR?
Dalam buku itu, memang 'watak' beliau ini sentiasa ada. Paling penting ketika menceritakan sejarah Singapura dan Melaka. Selama belajar sejarah, Cikgusir sebut namanya sebagai FAR-KOO-HAR. Akibat daripada rasa nak cari susur galur nama beliau ni, Cikgusir terjumpa satu keterangan bagaimana namanya di sebut... tengok gambar di bawah..

Cuba baca simbol fonetik nama beliau... :)

Aduhh... salah sebut rupanya selama ini.. jadi lepas ini kena perbetulkan ... kalau nak jelas lagi bunyinya dengar sebutannya di sini..>>FARQUHAR<<

Ok lah nak sambung baca dan sambung tulis perihal Sultan Hussin Syah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Selingkar Kisah...Antara Shakespeare & Ahmad Jais