kerja waktu pejabat

Tahun depan nampaknya ada perkara baru buat guru-guru selain daripada perlaksanaan MBMMBI. Cikgu-cikgu dari beberapa sekolah rintis akan mula kerja waktu pejabat. Ada sumber-sumber yang kata perkara ini disebabkan cikgu-cikgu tidak lagi dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang tidak relevan.

(Baca berita di sini: UTUSAN MALAYSIA ONLINE)
Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak