Mengapa manusia tiada belas...?

 
Sedang aku menatap akhbar Mingguan Malaysia hari ini, mata ku terhenti dan tertumpu pada gambar di atas selepas satu demi satu mukasurat diselak. Terus dalam diri aku ada perasaan bercampur baur dengan sedih, kecewa, marah, geram dan apa sahaja perasaan yang berkaitan dengannya. Manusia yang normal pasti akan beras begitu apabila menatap gambar di atas. Satu komentar telah ditulis oleh penulis ruangan itu, Awang Selamat yang berbunyi...
"MUKA depan Utusan Malaysia siaran Rabu, 7 Januari lalu menyiarkan gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di sebalik runtuhan rumahnya yang musnah dibedil tentera Israel.
Gambar bersaiz besar yang menyayat hati itu mendapat banyak reaksi simpati daripada para pembaca tidak kira agama, kaum mahupun usia.

Salah seorang bapa menghubungi Awang dan kemudian menyerahkan talian kepada anak perempuannya berusia 12 tahun bernama Ros. Menurut si bapa, anaknya itu mahu meluahkan perasaan kerana terlalu sedih dan terganggu dengan apa yang menimpa kanak-kanak dalam gambar tersebut.

Lalu Awang mendengar rintihannya. "Pakcik, kenapa kita semua tidak boleh selamatkan budak itu? Kenapa dia mesti mati macam itu? Kenapa adik rasa macam nak ganti tempat (nyawa) dia?" Selepas kata-kata itu, Ros kedengaran menangis teresak-esak dan terdengar juga suara tangisan bapanya.

Awang tidak terkata, sebak yang mendalam. Mungkin Ros lebih mengenal erti kemanusiaan berbanding kebanyakan kita."
Itulah coretan dan pendedahan Awang Selamat yang aku rasa aku patut untuk kongsikan bersama-sama para pembaca blog ini yang tidak berkesempatan untuk membacanya agar sama-sama kita merenung semula kejadian ini dan menilai siapakah yang digelar musuh yang berbahaya yang sebenarnya? Adakah budak itu musuh dan pengganas yang berbahaya atau mereka yang membunuhnya itu sebenarnya penjenayah yang kejam dan harus dihukum.

Ulasan

  1. Rejim zionis memang kejam tahap maksima! Inikah petanda dunia nak akhirat, lantaran kaum kafir menindas umat Islam yang selama ini gah dengan tamadun yang hebat, semudah sepetik jari?

    hehe...hebat tak ayat ekspresi saya ni sir? Bukan saja buat ayat ni, memang betul pun! Kita generasi akhir zaman. Bila-bila masa pintu taubat boleh tertutup rapat.

    BalasPadam
  2. Hmm... rasanya ayat ni...
    "Inikah petanda dunia nak akhirat"...

    kurang tepat... cuba tanya cikgu BM apa kekurangannya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak