Terpesonalah akan ku pada naskhah lama itu...



Angin Purba...


Di suatu sudut sebuah Khutub Khanah, Sang Guru menunggu tibanya naskhah akhbar harian yang selalu dibacanya. Namun pada ketika itu masih tiada naskhah terkini yang tiba. Dilanda kebosanan menunggu, lalu dicapainya sebuah buku di atas rak yang berdekatan dengan tempat duduknya. Dibukanya helaian buku itu satu persatu. Terpesonalah akan dia dengan gaya bahasa lama yang diguna oleh Sang penulis naskhah buku warisan itu. Naluri bahasanya bergelodak maka bertiuplah angin purba melanda diri Sang Guru itu dan terus-terusan dibacanya setiap helaian hinggalah ke halaman bernombor 104. Di halaman itu Sang Guru terpaku sejenak dengan menyedari betapa cendekianya Sang penulis naskhah warisan itu. Abdullah Munsyi, gelaran bagi Sang penulis itu.

Cendekiawan Memberi Nasihat: Syarat menjadi guru....

Lama juga aku membaca 'Hikayat Abdullah' itu. Suatu ketika dahulu pernah juga aku membaca, tapi tidak pula aku dapat merasakan perasaan seperti ini. Aku bagai tersedar betapa karangan Abdullah Munsyi ini satu karangan yang harus dibaca oleh sesiapa sahaja yang lahirnya di tanahair ini. Aku sangat asyik membaca karangan Tuan Munsyi itu. Ada pelbagai buah fikirannya dan caranya mengolah ayat yang membuatkan aku menjadi asyik juga terhibur. Namun aku terpaku sejenak dengan nasihatnya buat mereka yang ingin menjadi guru. Nasihat-nasihat yang telah dinukilkannya itu aku ulang tulis di bawah ini...

"... Orang menjadi guru itu bukannya mudah. Maka hendaklah ada kepadanya lima perkara. Pertama-tama hendaklah ada ia berpengetahuan. Kedua, hendaklah jangan ia membesarkan dirinya sebab pengetahuannya itu. Ketiga, hendaklah ada ia sabar daripada kesalahan dan kebodohan orang lain serta menanggung kesusahan. Keempat, hendaklah diketahuinya tiap-tiap perkataan yang diajarnya itu; darimana asalnya dan bagaimana memakai dia. Kelima, hendaklah ia ada rajin serta usaha. Maka jikalau tiada syarat ini tiadalah boleh menjadi guru." (Abdullah Munsyi, ms 103)

Pada fikiranku...

Molek sungguh panduan diberi oleh Tuan Munsyi itu. Terpakailah akan ia oleh ku. Gaya bahasanya juga mempesonakan ku. Pada hemat ku molek juga diguna akan ia di institut-institut perguruan yang mendidik bakal-bakal guru dan dijadikan panduan dan rukun keguruan kan semua bakal-bakal pendidik di sana. Wallahualam.

Ulasan

  1. Setuju...sungguh molek pesanan yg dititipkan...kerana adalah seorang guru itu mempunyai tugas yang sangat mulia...

    BalasPadam
  2. selamat hari guru sir...... Wah...makin cantik blog ni....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa sambung belajar?

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Selingkar Kisah...Antara Shakespeare & Ahmad Jais