Cerita Anne Ngasri di pagi minggu

[Foto KOSMO!]


Di suatu pagi Ahad yang mendung, sejuk lagi membosankan (sebab tak gi mana-mana); Cikgusir duduk bersantai membaca akhbar di beranda bersama Mem-nya. Ada bersama seorang lagi entiti iaitu Dak-Kecik yang sedang melukis-lukis tanpa tujuan di atas kertas kosong.


Mem: Hmm... cerita Anne Ngasri lagi. Kesian, muda-muda dah kena cerai. Tapi anak dah dua pun masih lawa lagi.

Cikgusir: (No response... sebab sedang baca Artikel tulisan Dr. Redhuan Tee)

Mem: Yah...

Cikgusir: Hmm... pe...?

Mem: Awak nak tak kawin ngan Anne Ngasri ni?

Cikgusir: (terbatuk di dalam jiwa... namun totap kontrol...)

Mem: Napa senyap? Jawab la...

Cikgusir: (ni ikhlas ke nak cari pasal ke?)

Mem: He he... takut le nak jawab tu...

(Tiba-tiba kedengaran satu suara halus tak jauh dari tempat kejadian...)

Dak-Kecik: Ayah kuuu kawin lagiii... Dengan cik Anne Ngasriii...

Cikgusir & Mem: Huh??

Cikgusir: Ha ha... tu la lain kali cakap siang pandang-pandang... ha ha...

(maka terselamatlah cikgusir dari menjawab persoalan awal itu tadi.. lega)
-----------------------------------------------------------------------------------------------


(Tips tambahan ada di bawah tapi tak de kaitan apa-apa dengan penulis. Harap maklomat)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak