Mencari Sapi Betina (Part 1)

Cik Aji:
Lama tak nampak cikgu?

Cikgusir:
(Senyum)... saya ada je Ji, cuma dah lama tak ke mari.

Cik AJi:
Nak order apa cikgu?

Cikgusir:
Bagi la saya teh tarik kurang manis satu dengan roti kosong satu.

(bila makanan dah sampai Cik Aji duduk dengan Cikgusir berbual-bual)

... tiba-tiba Cik Aji cuba umpan Cikgusir dengan satu isu politik...


Cik Aji:
apa pendapat Cikgu dengan kisah !@##% yang dituduh meliwat ni?

Cikgusir:
(Ishh... aji ni... nasib dah nak abis roti ni, ada ke bawak isu ni time orang sedang makan)
"Tak mau komen lah Ji..."

Cik Aji:
(cuba pancing lagi)... ala... teringin juga nak tau apa kata seorang guru... asyik dengar cakap-cakap orang politik je.

Cikgusir:
(...............) biarlah Ji... kita tunggu dan lihat je... kita pun bukan tau dia buat atau tidak...

Cik Aji:
Komen la sikit cikgu... Pak Aji nak tau jugak apa fikiran cikgu...

Cikgusir:
Disebabkan roti canai ni sedap, saya komen la sikit... tapi aji terima je la apa saya nak kata... jangan pulak tersinggung pada apa-apa yang saya cakapkan...


(bersambung di dalam post yang akan datang....)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak