Rasanya... Ia satu permulaan...

Pagi Ahad ini, suatu pagi yang agak panas walaupun jam baru menunjukkan jam 8.30 pagi. Cikgusir baru selesai 'realign' waktu tidur yang agak tidak menentu kebelakangan ini. Sedang tangan memulas tombol paip 'shower' tiba-tiba di ingatan terlintas tentang BLOG... dan terus menerawang untuk menghurai satu idea yang tiba-tiba datang di benak fikiran ini...


Hari ini Cikgusir rasa, blog yang dah lama Cikgusir tak update ni, Cikgusir nak isikan dengan satu fokus utama iaitu BUKU atau BOOK kata 'orang putih'. Cikgusir memang suka beli dan baca buku (walaupun sesetengah buku tu tak habis baca pun... bergantung pada julat masa senggang yang ada :)). Jadi Cikgusir rasa nak catat apa yang Cikgusir dah baca samalah macam program NILAM kat sekolah tu. Juga akan disertakan bersama GAMBAR buku yang dibaca itu dari hasil 'CAPTURE' kamera Cikgusir sendiri. Oleh itu, hari ni adalah hari yang Cikgusir akan mulakan 'update post' dengan sebuah buku AGUNG sebagai permulaan. Silakan lihat pada POST DI ATAS...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Selingkar Kisah...Antara Shakespeare & Ahmad Jais