Buku 01: Al-Quran: Manual Bagi Sistem Teknologi Bernama Manusia



Buku ini bermula dalam bentuk lisan ketika MESEJ yang pertama yang didefinisikan sebagai wahyu melalui seorang yang telah terpilih untuk menyampaikannya buat umat manusia keseluruhannya. MUHAMMAD IBN ABDULLAH. Dengan MESEJ PERTAMA yang bermaksud,





Bacalah! dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menjadikan.
(Read! In the name of your Rabb Who created.)

Buku ini Cikgusir pilih untuk dimuatkan di dalam post yang pertama mengenai buku adalah kerana ianya merupakan buku pertama DI DUNIA yang Cikgusir rasa di dalamnya ada TESTIMONI yang mengatakan semua isi kandungannya adalah BENAR dan TIDAK ADA KERAGUAN. Ianya tercatat di dalam Surah ke-2 pengakuan YANG EMPUNYA PERKATAAN bahawa MESEJ di dalam buku ini sebenar-benar datang sebagai panduan dari NYA.

Tidak pernah ada di dalam mana-mana buku yang membuat pengakuan sebegini oleh mana-mana penulis. Tetapi PENULIS buku ini telah menyatakan dengan kukuhnya bahawa:



Alif Lam Mim. Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.
(Alif Lam Mim. This is the Book in which there is no doubt, it is a guide for those who are God concious.)


ISI KANDUNGAN:
Secara umumnya buku ini diimani oleh semua umat Islam dan di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang merangkumi semua cabang ilmu dan panduan untuk umat manusia bagi menjalani satu kehidupan yang berpandu.

---
Ulasan buku akan datang:

Jerusalem One City Three Faiths: Karen Armstrong.
----



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Selingkar Kisah...Antara Shakespeare & Ahmad Jais