Kenapa sambung belajar?
Ada soalan-soalan yang pernah dilontarkan kepada saya bertanyakan sebab musabab saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Pertama. Bukahkah seronok kalau hanya duduk di sekolah mengajar sahaja? Gaji pun dapat penuh. Itu pendapat mereka, bagi saya menuntut ilmu tiada batas dan sempadannya dan tiada juga batasan usia. Selagi saya mampu untuk belajar selagi itu ilmu tetap saya pelajari. Saya merasakan apa yang dipelajari di Maktab Perguruan di peringkat Sijil Asas Perguruan masih belum mencukupi bagi saya untuk menghadapi perubahan-perubahan di dalam alam pendidikan pada masa akan datang. Saya perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri saya dengan pengetahuan-pengetahuan dan trend terkini alam pendidikan. Menyambung pelajaran juga merupakan satu peningkatan di dalam kerjaya, saya tidak boleh hanya berpuashati menjadi seorang guru bertaraf sijil sahaja. Bukanlah hendak memperkecilkan sesiapa, tetapi selagi ada upaya dan tiada halangan saya pasti cuba meningkatkan kedudukan
Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.