KPLI strikes back!
GURU KPLI BUKAN GOLONGAN TERDESAK SAYA terpanggil untuk membetulkan kenyataan yang kurang berasas ‘Teaching Angel’ pada 7 September lalu. Pada perenggan kelima, beliau menyatakan bahawa “golongan yang memasuki Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah golongan yang yang gagal mencari pekerjaan dengan ijazah yang diperoleh dengan memilih profesion perguruan sebagai jalan terakhir”. Kenyataan ini tidak berasas sama sekali kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai penuntut KPLI tahun ini, rata-rata mereka yang berjaya ke KPLI adalah mereka yang sudah berpengalaman dalam dunia pekerjaan lebih tiga tahun. Ada juga yang bergaji jauh lebih tinggi tetapi memohon sebagai guru di atas kesedaran untuk mendidik anak bangsa, memilih hidup yang lebih bermakna dan memberikan kepuasan dalam kehidupan. Keinginan mendidik anak bangsa dan mencari kepuasan hidup pasti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Pada perenggan keenam, beliau juga menyatakan “lulusan KPLI adalah mereka yang mempunyai ijaz...