Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Melawat Melaka 01: Masjid Tengkera dan Almarhum Sultan Hussin Shah.

Imej
Menara Masjid Tengkera MAKLUMAT RINGKAS... Berdasarkan catatan pada gerbang masjid, masjid ini pertama kali dibina pada tahun 1728. Kemudian dikatakan berlaku kerosakan yang besar sehingga hanya tinggal menaranya sahaja seperti yang terdapat di dalam gambar di atas. Ia kembali dibina pada tahun 1780. Berdasarkan tarikh ini ianya dianggap sebagai masjid yang tertua di negeri Melaka. Rekabentuk menaranya merupakan rekabentuk Pagoda China. Manakala binaan asal adalah daripada kayu, namun pada tahun 1890 ia dibina semula dengan bahan konkrit (The Encyclopedia of Malaysia: Architecture). CATATAN MENURUT BUKU... Buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI telah memetik satu peristiwa di dalam Hikayat Abdullah iaitu peristiwa pengebumian Sultan Husin Syah yang mangkat pada tahun 1835; iaitu telah berlaku 178 tahun yang lampau. Mengikut catatan buku tersebut, ianya dilakukan dengan penuh istiadat di Raja; selayaknya untuk seorang Sultan. Pembesar-pembesar Inggeris turut hadir di dal

Buku 06: Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (berserta lawatan)

Imej
ULASAN BUKU DAN KUNJUNGAN  KE MELAKA Ulasan buku kali ini Cikgusir buat secara catatan 'field-study' dengan mengikut serta merujuk beberapa bahagian di dalam buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI . Atas sebab itu Melaka adalah destinasi yang ditujui tambahan pula cuti sekolah sudah bermula. Dalam banyak-banyak tempat memang Cikgusir suka pergi ke Melaka. Tidak berapa pasti mengapa ia destinasi pilihan. Mungkin sejarahnya yang mencoret banyak peristiwa-peristiwa silam yang bercampur-baur kerana setiap peristiwa yang berlaku itu kini mengalir kekal di dalam garis masa serta meninggalkan kesan-kesan yang masih jelas hingga sekarang. Walaupun tempat-tempat utama seperti kawasan Banda Hilir telah banyak kali dilawati, namun Cikgusir rasa masih banyak lagi rahsia yang tersimpan yang masih belum diteroka. Porta Da Santiago, sebahagian tinggalan kota mahsyur A'Famosa. MELAKA DAN HOBI... Apabila berkunjung ke Melaka, tempat yang pertama dikunjungi adalah Muzium Setem Mel