Catatan

Bukan bunuh diri... Walaupun musim

Imej
Hari ni aku pergi daftar ke tempat kerja baru. Bagaikan sirih pulang ke gaganglah kata orang tua-tua sebab memang dari kecil aku membesar di sana dengan nenek ku. NENEK ... orangnya masih gagah lagi... pernah aku tanya umurnya... sekejap 40 tahun sekejap 60 tahun... lantaklah malas nak tengok IC dia...(Tapi aku rasa dah menjangkau 80-an). Antara aktiviti -aktiviti yang boleh dilakukannya seorang diri adalah pergi ke Kuala Lumpur dan menaiki tren komuter dan LRT ke rumah anaknya. Tapi hari ni memang lagi hebat. Selepas selesai urusan lapor diri, aku singgah sebentar di rumah nenek ku yang tak jauh dari lokasi tempat bertugas. Kelihatan laman bagai baru dibersihkan (disapu dan daun-daun kering dan separa lembab telah dibakar). Aku terus ke pintu rumah. Eh.. Berkunci... "Assalamualaikum Nek.. oo... nek...! Ada kat dalam ke?" agak lama tiada jawapan. Pada fikiranku barangkali nenek pergi ke rumah makcik Kiah sebelah rumah... ku ulang salam yang ku jeritkan tadi... "Uiii.... ...

Food Close-Up

Close-up gambar-gambar ni di ambil ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali di SMK Serendah

Lumut dalam pasu...

Dapat hobi baru kali ni. Fotografi close-up (super-micro mode). Untuk paparan pertama terimalah keindahan alam lumut di dalam sepasu pokok palma di rumah ku. Arahan: Klik pada ikon 'play' dahulu. Untuk gambar besar, klik pada ikon 'full-screen'. Untuk keterangan gambar, klik pada gambar tersebut dalam mod 'full-screen'.

Satu Puisi Yang membuatkan kita berfikir...

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU - (Panggak Binasa Terlajak Kata) I Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring, setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting, munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling menunjuk telunjuk berkait kelinking. Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'. II Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh, alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh menggadaikan kabilah mudah diperbodoh III Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu tertip titipan taqwa pada yang satu biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu gunung-ganang tetap padu, manusia...

Masuk politik la sekejap... kejap je tau...

Imej
Sumber gambar, Utusan Malaysia, 26 September 2008, Jumaat, Muka hadapan Tengah aku duk belek-belek surat khabar Utusan Malaysia hari ni, belum pun buka muka surat dua, mata aku otomatik tertumpu pada gambar mamat sorang ni. Bukan sebab dia handsome ke pa ke, cuma tertarik dengan kenyataan bahawa dia disekat daripada berjumpa ahli-ahli di dalam parti politiknya. La... itu pun nak cerita ke bang oi? Itulah yang dinamakan cabaran di dalam berpolitik terutamanya bila berkempen untuk rebut sesuatu posisi di dalam parti, kalau takut dan tak sanggup, buat apa tawarkan diri bertanding. Kenyataan mamat ni jugak mengingatkan aku pada kisah mantan PM Malaysia yang ke-4. Dia pun pernah kena sekat jugak daripada berjumpa dengan ahli-ahli parti dia walaupun dia paling banyak berjasa kepada negara.. (tengah pikir-pikir apa jasa mamat dalam gambar ni pada negara..), agak-agak siapa lah yang punya kerja menyekat mantan PM ni ye... Kesimpulannya, tak perlulah nak dihairankan kalau awak pun kena sekat...

Set catur+Kamera Digital= Ekspresi Rasa Bosan

Imej
Apa benda ni? Ada pertandingan catur ke? Nak tau klik sinilah...

Hari Persandingan Rakan SeFakulti

Imej
Hari ini aku menghadiri majlis persandingan rakan se Fakulti ketika menuntut di UPSI. Persandingan Muhammad Faisal bin Abdul Jalal dan pasangannya Siti Munirah. Bagi rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir, di sini aku bingkiskan foto-foto dan video pendek yang sempat aku rakamkan. ------------------------- Gambar 01: Pasangan pengantin diarak menuju ke pelamin sambil diiringi paluan kompang. Gambar 02: Pengantin Bersanding. Bagai merpati dua sejoli gituu... Cayalah zal... Very the Jinggo... Gambar 03: Gambar yang ni aku tak tengok pengantin. Aku tengok air yang warna pink tu... Gambar 04: Aku Sang empunya blog dan Selvakumar sedang menyibuk bergambar. Pengantin sebenarnya lapar nak makan tu... Nasib korang la... Gambar 05: Kereta V.I.P yang hadir. Korang bacalah sendiri catatan kat plat kereta tu. Video Pendek Sekitar persandingan Faisal dan Yanee ENGLISH VERSION