Buku 07: Air Mata Raja
Rambang mata. Itulah yang boleh dikatakan apabila Cikgusir melangkah masuk ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa 2012. Gerai jualan buku DBP menggamit kaki melangkah masuk. Namun, tiada sesuatu yang menarik tangan ini untuk menukarkan mana-mana buku dengan wang tunai. Hanya memerhati orang rumah membeli beberapa keping majalah, mata Cikgusir tiba-tiba terkerling pada satu buku yang nampak tebal. Di dalam rak. Itu pun setelah seseorang memegangnya dan meletakkannya kembali.
Kulit atau nama?...
Jangan memilih buku dari kulitnya, begitu lebih kurang maksud pepatah Inggeris. Tiba-tiba hati terdetik bagai 'Harry Potter' memilih kayu saktinya, Cikgusir terus menggapai buku itu; bukan kerana kulitnya (walaupun Cikgusir seorang Bibliofil..) Pasti ada sesuatu di dalam buku yang berjudul AIR MATA RAJA ini kerana pada Cikgusir, kisah yang diterbitkan daripada titisan air mata seorang raja pastinya ada bersangkut-paut dengan keadaan sesebuah negara.
Perihal Buku Ini...
Dua pengkisahan berlainan zaman yang bagai dipisahkan oleh sebuah 'tembok', dan pada akhirnya titik pertemuan kedua-dua kisah itu dipertemukan di penghujung 'tembok' cerita itu. Demikian yang boleh Cikgusir simpulkan secara ringkas tentang cara kisah di dalam buku ini diolah. Dua cerita yang punya sudut pandangan dan peristiwa yang berbeza ini dipisahkan juga dengan cara membezakan jenis huruf muka cetaknya (font). Dua bahagian cerita yang selang-selikan itu saling lengkap-melengkapi. Tidak hairanlah kalau novel ini tebal juga saiznya.
Di satu bahagian 'tembok'...
Kisah pertama di dalam buku AIRMATA RAJA ini dikarang dari sudut pengalaman penulis buku Sejarah Melayu iaitu Tun Sri Lanang, seorang Bendahara yang berkhidmat di bawah pemerintahan 2 orang Sultan Johor iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570–1597) and Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597–1615). Di dalam bahagian ini diceritakan pengalaman dan jerih payah beliau mengumpul sumber-sumber untuk mengarang SEJARAH MELAYU pada ketika itu. Oleh sebab itulah latar belakang persekitaran kisah ini adalah berkisar di sepanjang penempatan lama di sepanjang Sungai Johor seperti Seluyut, Kota Kara dan Batu Sawar.
Di satu bahagian 'tembok' yang lain...
Kisah kedua pula apabila dibaca ianya satu pendedahan baru kepada Cikgusir. Tidak pernah sepanjang belajar sejarah, Cikgusir mengetahui terdapat satu kumpulan pakatan sulit yang melindungi jurai keturunan Sultan Melaka yang terakhir dari isteri baginda Tun Teja dari Pahang.
Cadangan dan pendapat...
Sekiranya pembaca tidak pernah membaca buku 'SEJARAH MELAYU', mungkin agak sukar memahami bahagian kisah sudut pandangan Tun Seri Lanang. Jadi dicadangkan juga supaya buku ini dibaca bersama buku 'SEJARAH MELAYU'. Di akhir pembacaan kemudiannya pembaca akan tertanya-tanya benarkah wujud kumpulan pelindung waris Raja Melaka itu?

SEJARAH MELAYU, buku yang sesuai dibaca bersama buku AIR MATA RAJA |
Salam, Cikgusir.
BalasPadamTerima kasih sudi beli dan baca buku ini. Rasa berbaloi menghabiskan 3 tahun kami menulisnya. Harap lebih ramai sudi membaca buku ini. Boleh emel saya di norzailina@gmail.com jika sesiapa ingin memesan / order.
Sekian, salam hormat.
Salam Norzailina.
PadamWalaupun tebal, seronok membacanya.