Bingkisan dari Jordan
Ia datang dari Jordan atau nama rasminya Al-Mamlakah Al-Urdaniyyah Al-Hashimiyyah. |
Sudah agak lama tak tak kemaskini blog. Hari ini lah baru dapat regang kaki setelah balik dari berkursus dan dilanda kesibukan dengan pelbagai urusan kerja. Minggu-minggu sebelum ni pun sibuk dengan macam-macam hal di sekolah. Post kali ni bukan perihal ulasan buku, tetapi satu bingkisan yang lama dah cikgusir nak sangat ada dalam koleksi peribadi. Iaitu sebiji botol yang diisikan pasir berwarna dengannya satu hasil seni dibentuk dari botol yang berpasir warna itu. Cenderamata ini merupakan cenderamata popular yang selalu diperoleh oleh pelancong-pelancong yang melawat negara Jordan terutamanya di kawasan tapak warisan dunia UNESCO yang mana telah diwartakan sejak 1985 iaitu PETRA.
Alhamdulillah ada juga sahabat yang dapat membawa pulang cenderahati ini. Terima kasih buat Ustaz Anhar dan isteri beliau Ustazah Badariah. Terima kasih kerana membelikan saya 'Botol Pasir' dari al-Urdunn ini. Jazakallahu Khairan Kathira!
Maka ianya diletakkan di tempat yang 'ada kaitan' dengan tempat asalnya. Mereka saling melengkapi :) |
P/s: Cikgusir sedang fikir-fikir nak ulas buku yang mana pulak lepas ni.
Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.