Storan sekunder dan pendaftaran program sarjana...
Semalam aku mendaftar untuk Program Sarjana (Master) di UPSI. Satu langkah menyambung pelajaran selepas memperoleh ijazah pertama di dalam bidang pengajaran bahasa kedua. Kali ini aku menyambung di dalam bidang yang sama dengan harapan, dengan memperoleh tambahan ilmu di dalam bidang ini dan aku akan terus menyumbang tenaga di dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Koleksi 'flashdrive' yang aku ada. Yang paling bawah tu yang diterima dari UPSI. Macam-macam saiz ada. Yang baru diterima tu bersaiz 2 gigabait.
Beberapa tahun sebelum 'flashdrive' dicipta, disket persegi bersaiz 1.44mb inilah yang diguna untuk simpan data. Sekarang penggunaannya walaupun ada, sudah berkurangan. Pasti beberapa tahun lagi penggunaannya dan pengeluarannya akan dihentikan.
-----
assalamualaikum Sir! Terima kasih atas ucapan tahniah tu. Saya sendiri rasa teruja dan bersyukur walaupun tempoh saya berada di tingkatan tiga dirasakan sungguh singkat! Okey, pelajar 3C ada dua orang yang dapat 8A iaitu Amira Shahada and Fizlah! So, kira comform ler ni sir nak bertukar sekolah?
BalasPadam