Muhammad bin Abdullah
Lahirnya dia di tengah-tengah kekalutan warga Mekah menghadapi serangan dari Gabenor Nasrani Habsyah, Abrahah al-Asyram. Cita-cita Abrahah untuk mengambil hati Kaisar Rom, di mana dengan penaklukan wilayah Hijaz baginya akan menyatukan 3 kumpulan Nasrani iaitu Nasrani Habsyah, Syam dan Rom. Satu permainan strategi yang bijaksana. Namun tidaklah dijangka strategi yang mempunyai peluang yang cerah yang jika dibandingkan ketumbukan tenteranya dengan pecahan tentera Arab yang berpuak-puak peluang kemenangan adalah 99.99%. Namun, tanah yang penuh barakah yang telah ditetapkan sebagai tempat lahirnya penutup segala nabi-nabi, tempat turunnya satu kitab yang baru dan tempat yang di bina kiblat bagi umat nabi tersebut telah diselamatkan oleh DIA yang lebih bijaksana dan teratur perancangannya. Gabenor yang gagah itu tidak pernah menyangka bahawa serangan boleh datang dari udara dan tentera udara itu bukanlah milik puak-puak arab yang menghuni wilayah itu, akan tetapi adalah milik DIA yang memiliki rumah suci itu dan tanah haram itu. Itulah satu-satunya serangan udara yang maha hebat yang pernah dialami oleh satu operasi penaklukan tentera asing terhadap wilayah yang ingin dijajah pada zaman itu. Operasi penaklukan itu akhirnya digagalkan oleh satu serangan udara pimpinan DIA yang memiliki rumah suci, Kaabah.
Itulah serba sedikit imbasan sebelum lahirnya Nabi mulia umat manusia, MUHAMMAD S.A.W. Lahirnya baginda adalah sebagai pembawa risalah suci untuk menyatupadukan manusia, makhluk yang tinggi darjatnya dari makhluk-makhluk yang lain, di bawah satu agama tauhid yang menidakkan penyembahan selain dari TUHAN yang satu. Tuhan yang menjadikan manusia sebagai pemimpin dunia ini. Kelahirannya juga adalah bagi membimbing manusia bagaimana menjadi manusia dan bagi mewujudkan masyarakat yang saling berkasih sayang tanpa mengira darjat atau warna kulit. Tujuannya adalah satu, dunia yang harmoni dan bebas dari kekacauan dan bencana.
Kadang kala terdetik juga di hati ini alangkah baiknya sekiranya beliau masih ada dan memberi nasihat kepada pemimpin-pemimpin dunia yang haloba dan sukakan peperangan. Namun diri ini masih berasional dengan memikirkan hikmah disebaliknya. Apa yang ditinggalkan oleh utusan yang hebat ini sebenarnya sudah cukup untuk membimbing umat manusia ke arah dunia yang aman dan sejahtera. Telitilah kitab yang diturunkan dari PENCIPTA manusia itu melalui diri baginda. Mana mungkin kitab itu tidak relevan? Bukankah yang berkata-kata di dalam kitab itu adalah PENCIPTA yang lebih mengenali manusia berbanding dengan diri manusia itu sendiri? Secara analoginya pencipta sebuah komputer adalah lebih mengetahui tentang komputer itu akan tetapi mana mungkin komputer itu mengenali dirinya sebagai sebuah komputer. Di dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. bagi diri ini terbit satu gesaan untuk mendalami apa yang telah ditinggalkannya bagi umat manusia. Iaitu al-Quran dan al-Hadith. Bukanlah satu ketetapan yang hanya boleh meneliti kedua-duanya adalah umat muslim sahaja. Ini adalah kerana al-Quran itu diturunkan kepada umat manusia seluruhnya. Hanya itulah satu-satunya rujukan yang sempurna di dalam mencari resolusi bagi segala macam permasaalahan.
Ihkhlas dari pengikut setia MUHAMMAD IBN ABDULLAH
Muhammad, F.F.I
12 Rabiul-Awwal 1427.H.

SEJAHTERALAH KE ATAS DIRIMU WAHAI NABI JUNJUNGAN KU.
KASIH KU JUA TERTUMPAH KE ATAS DIRI MU.
...AMIN...
KASIH KU JUA TERTUMPAH KE ATAS DIRI MU.
...AMIN...
Ihkhlas dari pengikut setia MUHAMMAD IBN ABDULLAH
Muhammad, F.F.I
12 Rabiul-Awwal 1427.H.
10q bro.
BalasPadamSelamat Hari Guru to U and all our fellow teachers.