Merentas Denai Masa: Satu catatan perjalanan melusuri sejarah Johor
Cuti sekolah hujung tahun memberi peluang Cikgusir untuk membawa keluarga bercuti. Destinasi pilihan anak-anak adalah Universal Studio Singapore; satu tempat menikmati keseronokan cara moden dengan pelbagai jenis permainan yang disediakan. Cikgusir menggunakan peluang lawatan ke selatan tanahair ini untuk melawat tinggalan sejarah yang boleh dikatakan penting bagi pensejarahan nusantara secara umum dan Malaysia secara khususnya. Ini adalah kerana selain Melaka, Johor juga menyimpan khazanah sejarah di era pasca kejatuhan Melaka di tangan Portugis, yang menyaksikan Sultannya pada ketika itu (Sultan Mahmud Shah I) terpaksa berundur meninggalkan Melaka untuk memastikan kelangsungan warisan Kesultanan Melayu Melaka untuk terus wujud. Atas usaha itu Kesultanan Melayu Melaka diteruskan dengan munculnya empayar Johor-Riau yang kemudiannya menyaksikan bertukarnya tampuk pemerintahan dari Sultan ke Bendahara dan seterusnya Temenggong.Seperti yang ditulis oleh Buyong A...