Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Bila Lensa Bicara: Berapa tinggi terbang bangau

Imej
 PANTUN Orang petani membuat dangau,  Dibiar kosong tidak bekerja;  Berapa tinggi terbang bangau,  Akhirnya di belakang kerbau juga. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) PERIBAHASA Seperti bangau kasihkan kerbau. Takrif: Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri. (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) >> Lagi gambar <<

Bila Lensa Bicara: Danbo dan Tun M

Imej
Danbo dan Tun M PANTUN Kalau mencari tempat bermandi Pertama teluk kedua pantai Kalau mencari pemimpin negeri Pertama elok kedua pandai >> Lagi Gambar <<

Semalam Ular Hari Ini Burung

Imej
Bangkai anak ular yang dibunuh Shitam dan Kichap. Semalam dua ekor kucing Cikgusir nak 'tunjuk hero'. Seekor anak ular ditangkap dan diletakkan di depan pintu rumah. Bila Cikgusir balik dua-dua sibuk berebut menguis bangkai ular bagai nak tunjukkan mereka berjaya membunuh makhluk ni. PERIBAHASA Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut. Takrif: Yang jahat itu tetap jahat. (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) Burung tekukur menjadi sarapan enak di pagi Ahad. Bila Si Kichap datang mengecek, dia bawa lari ke celah pasu bunga. Kedekut dia ni. Hari ini Shitam pulak bawa balik seekor burung tekukur sebagai sarapan pagi. Diletakkan depan pintu juga. Nak tunjuk hero lagi la tu. PERIBAHASA Burung terbang dipipiskan lada. Takrif: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.  (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)

Bila Lensa Bicara 02: Bukittinggi 02

Imej
Gunung Berapi Tandikat Di dalam penerbangan, mata melilau mencari kalau-kalau ada bentuk awan yang menarik untuk dirakam. Namun cuaca ketika penerbangan bermula tidak mengizinkan. Mata mengantuk namun tidak mahu lelap. Masih lagi melihat-lihat keluar tingkap.  Ketika pesawat memasuki ruang udara negara Indonesia atau lebih spesifiknya di ruang udara Pulau Sumatera, ditakdirkan Allah S.W.T. beberapa kepulan awan mengundur diri. Lalu tersingkap satu pemandangan indah. Maha Suci Allah. Sebuah gunung berapi diperlihatkan sedang memancutkan sedikit wap panas. Sungguh teruja dengan pemandangan ini. Kamera digapai dan 'shutter'  diketik seberapa banyak untuk merakamkannya.  Cuma ketika itu Cikgusir tidak pasti nama gunung itu. Ada juga Cikgusir bertanyakan pada seorang warga Indonesia yang duduk di sebelah Cikgusir, namun dia juga tidak pasti akan nama gunung ini. Akhirnya Cikgusir ketemukan namanya dengan menggunakan perisian Google Earth. Lagi gambar di sini ...

Bila Lensa Bicara: Bukit Tinggi 01

Imej
Sayap Kapal Terbang AirAsia Ketika Malaysia meraikan Hari Malaysia pada 16 September tempohari, Cikgusir menyambutnya dengan terbang ke negara jiran bersama-sama rakan-rakan yang 'pengen' ber'shopping'. Mungkin kelihatan agak tidak patriotik tetapi Cikgusir memilih untuk menyambutnya di sana kerana ingin melihat suasana masyarakat yang mungkin agak berbeza daripada tempat sendiri. LAIN PADANG LAIN BELALANG, JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN dan HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG antara ungkapan yang menggamit hati pengembara ini untuk merasai secebis pengalaman berada di negara orang dengan berbekalkan sebuah kamera dan sedikit wang saku :).

Bila Lensa Bicara: Dari kerana mata

Imej
PANTUN Apa guna pasang pelita,  Kalau tidak dengan sumbunya;  Apa guna berpandang mata,  Hati tidak dengan sungguhnya. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

Bila Lensa Bicara: Dollar Sepanyol (Spanish Dollar)

Imej
Dollar Sepanyol: (depan) Tertulis: "CAROLUS IIII DEI GRATIA 1801 "/Charles IV by the Grace of God, 1801 Dollar Sepanyol: (belakang) HISPAN[IARUM] ET IND[IARUM] REX M[EXICANUS] 8 R[EALES] T H" /King of the Spains and the Indies, Apa benda ni? Nak dijadikan cerita, Cikgusir nak kira duit syiling dalam tabung yang ada dalam simpanan untuk dimasukkan ke dalam bank. Macam biasa kadang-kadang ada juga terselit duit luar negara. Yang selalunya adalah seperti duit Indonesia, Thailand atau pun India. Tapi hari ni agak pelik bila Cikgusir tengok matawang ni bertulis dengan bahasa Latin, manakala ada pula tercatat tahun 1801 pada syiling tersebut. Cikgusir syak ini adalah wang lama iaitu Dollar Sepanyol yang mana suatu ketika dulu dijadikan matawang antarabangsa seperti mana matawang Dollar Amerika Syarikat ketika ini. Maka Cikgusir pun menggunakan carian wikipedia untuk mengesahkan rasa syak itu. Perihal Dollar Sepanyol... Menurut sumber wikipedia , mata...