Hari Pertama: Ke Sekolah Islam Harapan Ibu
3 MEI 2017 (Rabu) Setiba di sana, Cikgusir dijemput oleh rakan guru (juga bekas peserta kursus yang Cikgusir pernah ajar) iaitu Imas Choirunnisa. Terus dibawa ke tempat penginapan iaitu di Kost Golden Mansion bagi tujuan penginapan selama 5 hari 4 malam di Jakarta. Setelah selesai checked-in terus saya dibawa ke Sekolah Islam Harapan Ibu untuk melihat tempat dan berjumpa dengan beberapa orang guru di sana. Kost Golden Mansion Di sinilah Cikgusir menginap.Kost Golden Mansion di Jalan Haji Goden, Jakarta Selatan. Di sini pekerja seorang tu bertanya kepada Cikgusir dengan cuba mengajuk cara cakap orang Malaysia apabila dia tahu saya dari Malaysia. Begini lebih kurangnya... "Oo.. bapak dari Malaysieee... Upin Ipin di maneee... sudah makenn keee"... ha ha.. lucu pulak dengarnya... cakap Indonesia sahaja cukuplah bro.. saya faham.. he he Di bilik ini Cikgusir duduk berbual-bual dengan beberapa orang guru di sana. Dapatlah juga bertukar-tukar pandangan...