Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Buku 07: Air Mata Raja

Imej
Mencari sesuatu untuk dibaca... Rambang mata. Itulah yang boleh dikatakan apabila Cikgusir melangkah masuk ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa 2012. Gerai jualan buku DBP menggamit kaki melangkah masuk. Namun, tiada sesuatu yang menarik tangan ini untuk menukarkan mana-mana buku dengan wang tunai. Hanya memerhati orang rumah membeli beberapa keping majalah, mata Cikgusir tiba-tiba terkerling pada satu buku yang nampak tebal. Di dalam rak. Itu pun setelah seseorang memegangnya dan meletakkannya kembali. Kulit atau nama?... Jangan memilih buku dari kulitnya, begitu lebih kurang maksud pepatah Inggeris. Tiba-tiba hati terdetik bagai 'Harry Potter' memilih kayu saktinya, Cikgusir terus menggapai buku itu; bukan kerana kulitnya (walaupun Cikgusir seorang Bibliofil. .) Pasti ada sesuatu di dalam buku yang berjudul AIR MATA RAJA ini kerana pada Cikgusir, kisah yang diterbitkan daripada titisan air mata seorang raja pastinya ada bersangkut-paut dengan keadaan ses...