Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

AFF SUZUKI CUP SEMI FINAL KEDUA: Malaysia vs Thailand

Imej
Apakah agaknya keputusan malam ni? Mudah-mudahan HARIMAU MALAYA tak tidur dan leka...

Merentas Denai Masa: Kota Johor Lama

Imej
Kota Johor Lama dari Google Earth Perjalanan merentas denai masa Cikgusir merangkumi kawasan ini; Kota Johor Lama . Suatu tempat di Johor Lama yang berulangkali dijadikan ibu negeri dan pusat pentadbiran. Menurut catatan pada batu penerangan Muzium Kota Johor Lama, kota ini di bina pada tahun 1540 dan ianya menjadi pusat pemerintahan sekaligus tempat merancang strategi untuk merampas kembali Melaka selepas kejatuhannya pada tahun 1511. Gerbang masuk ke Muzium Kota Johor Lama. Buyong Adil (1971) ada mencatatkan dari sumber Portugis mengenai kota ini pada tahun 1587: "Berkenaan dengan Johor Lama masa itu, dalam riwayat Portugis antara lain mengatakan: bandar Johor Lama itu ialah sebuah bandar yang cantik; terletak di atas sebuah bukit yang memanjang di tebing Sungai Johor; bandar itu berpagar sekeliling dengan kayu yang sangat kuat; tiada berapa jauh arah ke laut (ke hilir) daripada bandar itu, ada sebuah kota batu yang disebut namanya Cotabato (Kota Batu); kota it...