Cadangan berjalan-jalan... Pada suatu hari di dalam bulan Syawwal, Dak Kecik mencadangkan kami pergi ke i-City di Shah Alam. Cadangan itu diterima sebulat suara oleh seluruh ahli keluarga. Di dalam perjalanan, macam jalan agak lengang, cuma apabila tiba di kawasan plaza tol, tiba-tiba sebuah kereta memecut laju memintas kenderaan kami sedang had laju di kawasan itu ditetapkan 60km/jam yang terpampang pada PAPAN TANDA DENGAN CETAKAN YANG BESAR. Tiba di i-City... Setiba di sana, dengan spontan setelah terlihat lampu berwarna-warni yang begemerlapan itu, tiba-tiba fikiran Cikgusir mencetuskan sesuatu untuk mengingatkan perihal satu kisah yang berlaku sangat lama dulu iaitu sebelum manusia dilantik menjadi PENGUASA di BUMI. Satu kisah yang menceritakan UNDANG-UNDANG PERTAMA yang perlu dipatuhi, namun dengan sedikit bisikan yang busuk MANUSIA kecundang dan melanggar UNDANG-UNDANG PERTAMA itu... Inilah petikan kisahnya. Suatu pohon yang cantik dengan buah dan daun yang ...