Susahnya jadi cikgu... Menjadi guru bukanlah mudah. Pelajar sering menganggap guru adalah serba tahu. Hakikatnya guru juga sebenarnya masih belajar, perlu belajar dan terus belajar. Banyak persoalan-persoalan umum kadangkala ditanya oleh pelajar membuatkan guru agak kaget untuk menjawab. Saya sebagai seorang guru juga tidak terkecuali. Sebagai contoh bukan sekali saya ditanya tentang mengapa perlu umat Islam tidak membenarkan penganut Kristian di Malaysia (Ya .kerana yang beria-ia benar nak gunakannya adalah di Malaysia...) menggunakan perkataan ALLAH ? Ditanyakan juga apa bezanya ALLAH yang disembah oleh umat Islam dan Kristian? Berat juga hendak menjawabkan? Sudah lama juga ingin saya menulis mengenai isu ini iaitu semenjak ia mula dibincangkan secara umum. Namun saya pendamkan sahaja kerana pada fikiran saya masyarakat adalah matang untuk berfikir. Blog saya pun adalah berkonsep santai dan pengkisahan peribadi. Namun kali ini saya gagal untuk kekal pada konsep asal blog saya. Maafk...