Sedang aku menatap akhbar Mingguan Malaysia hari ini, mata ku terhenti dan tertumpu pada gambar di atas selepas satu demi satu mukasurat diselak. Terus dalam diri aku ada perasaan bercampur baur dengan sedih, kecewa, marah, geram dan apa sahaja perasaan yang berkaitan dengannya. Manusia yang normal pasti akan beras begitu apabila menatap gambar di atas. Satu komentar telah ditulis oleh penulis ruangan itu, Awang Selamat yang berbunyi... "MUKA depan Utusan Malaysia siaran Rabu, 7 Januari lalu menyiarkan gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di sebalik runtuhan rumahnya yang musnah dibedil tentera Israel. Gambar bersaiz besar yang menyayat hati itu mendapat banyak reaksi simpati daripada para pembaca tidak kira agama, kaum mahupun usia. Salah seorang bapa menghubungi Awang dan kemudian menyerahkan talian kepada anak perempuannya berusia 12 tahun bernama Ros. Menurut si bapa, anaknya itu mahu meluahkan perasaan kerana terlalu sedih dan terganggu dengan apa ya...