Benarlah sebagaimana digambarkan orang-orang terdahulu di dalam puisi-puisi dan bahasa-bahasa yang indah bahawa hidup di dunia ini merupakan satu perjalanan yang penuh dengan keindahan yang dapat kita kecapi melalui pengalaman dan ujian. Walaupun apa yang dilalui di sepanjang lebuh kehidupan dunia ini sepanjangnya hanyalah kedukaan, kepahitan, kesengsaraan namun kemanisan atas tiap pengalaman-pengalaman tadi tetap ada kemanisannya. Kemanisan itu hadir di dalam kematangan kita menilai salah laku dan tindakan kita di dalam meniti suratan hidup. Melihat takdir yang telah berlaku juga merupakan saat indah untuk dikenang. Betapa DIA yang MAHA PENGASIH, membiarkan sahaja kita melakukan dosa tanpa menghukum ketika kemungkaran kita lakukan. Akhirnya kesedaran ditimbulkan juga oleh-NYA agar kita tidak terus-menerus bergelumang dengan kemungkaran. Untuk keluar dari kenikmatan yang mungkar amatlah pedih dan pahit untuk dihadapi. Akan tetapi pedih dan pahit itu kemudiannya menjadi indah dan nikmat...