Teringat masa kecik-kecik
Ramadhan datang lagi. Masa kecik-kecik dulu semasa menunggu azan maghrib dari corong radio, melodi ini selalu diperdengarkan. Itu pun hanya melodi instrumental sahaja tanpa suara. Sedap juga didengar ketika senja melabuhkan tirainya. (Chewwah...) Atas sebab terkenangkan melodi inilah maka tangan ini pantas menekan butang-butang papan kekunci (keyboard) merenangi lautan maklumat internet. Menurut kata orang yang arif lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi Fairuz dari Lebanon. Walaupun melodinya sedap didengar suara penyanyinya lebih sedap lagi. Tajuknya El-Bint El-Shalabiya (kata orang yang tau bahasa arab maksudnya Si Gadis Manis)