Lahirnya dia di tengah-tengah kekalutan warga Mekah menghadapi serangan dari Gabenor Nasrani Habsyah, Abrahah al-Asyram. Cita- cita Abrahah untuk mengambil hati Kaisar Rom, di mana dengan penaklukan wilayah Hijaz baginya akan menyatukan 3 kumpulan Nasrani iaitu Nasrani Habsyah, Syam dan Rom. Satu permainan strategi yang bijaksana. Namun tidaklah dijangka strategi yang mempunyai peluang yang cerah yang jika dibandingkan ketumbukan tenteranya dengan pecahan tentera Arab yang berpuak-puak peluang kemenangan adalah 99.99%. Namun, tanah yang penuh barakah yang telah ditetapkan sebagai tempat lahirnya penutup segala nabi- nabi, tempat turunnya satu kitab yang baru dan tempat yang di bina kiblat bagi umat nabi tersebut telah diselamatkan oleh DIA yang lebih bijaksana dan teratur perancangannya. Gabenor yang gagah itu tidak pernah menyangka bahawa serangan boleh datang dari udara dan tentera udara itu bukanlah milik puak-puak arab yang menghuni wilayah itu, akan tetapi adalah milik DIA yang me...