Si Kicap yang terlena
Si Kicap yang terlena selepas makan Alhamdulillah selesai berkursus selama 3 hari di English Language Training Centre, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sempat juga bersolat jumaat. Sampai sahaja di rumah CIKGUSIR terus diterpa SI Kicap yang nampaknya macam lapar betul. Mungkin selama 2 hari lepas dia ni tak makan sebab anak-anak dan orang rumah sibuk menguruskan hal anak sulung kami yang selesai mendaftar di MRSM Kampus Tun Abdul Razak Trolak. Jadi bila CIKGUSIR beri dia makan terus je dia sambar. Lepas tu dia minum dan terus baring dan terlena. Letih betul nampaknya tu.