Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2005

By the rivers of babylon..la .. la..la la..

Hmm... hari tu ada terdengar lagu ni kat sebuah stesen radio tempatan. Tajuknya "RIVERS OF BABYLON". (Brent Dowe & Trevor McNaughton). Liriknya lebih kurang macam nie. By the rivers of Babylon, there we sat down Ye-eah we wept, when we remembered Zion. Sebenarnya lagu ini merupakan petikan daripada kitab Bible, (PSALM:137:1) yang menceritakan ratapan orang-orang Israel yang ketika itu rumah ibadat mereka dibakar. Jadi ini seperti satu propaganda untuk menagih simpati buat mereka. Pengajarannya: Jangan jadi nyanyi lagu ini walaupun iramanya sedap dan fahamilah setiap lirik lagu yang kita minati agar kita tidak keterlaluan memuja dan tenggelam dalam keasyikan yang mana boleh menggugat keimanan kita. WAllahu alam... p/s:bagi rakan-rakan yang beragama Kristian jangan berkecil hati. Cuma saya ingin mengingatkan rakan seagama supaya menjaga "akidah" mereka. Bukan bertujuan merendah-rendahkan agama Kristian dan tidak anti Kristian. We are all the servants of THE ALMIGH...

Takziah buat PM

Takziah buat PM sekeluarga atas pemergian Datin Sri Endon Mahmood ke rahmatullah.Al-Fatihah.

Mawar Putih Untuk Mama

Imej
Mawar Putih Untuk Mama ___________________________________ Kau sinaran bulan Menyerikan bintang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan tabir siang untukku Kau berikan mama Kasih sayang maha suci Betapa agungnya Tiada ternilaikan Oh mama, oh mamaku Tiada cinta yang suci Setulus cintamu Ku suntingkan mama Sekuntum mawar putih Sebagai lambang kesucian cintaku ________________________________________ Buat ibu ku Fauziah binti Ismail (27.10.1952-15.01.1999)

Ibu ku

Al-Fatihah. Hadirnya Ramadhan kali ini genaplah 6 tahun pemergian bonda tercinta menyahut panggilan Ilahi. Bonda pergi meninggalkan kami sekeluarga pada Jumaat 27 Ramadhan tahun 1999/1419H. Belaian dan kasih sayang ibu masih aku rasai walau pemergiannya agak lama berlalu. Apapun semoga Bonda bahagia sentiasa di dalam RAHMAT-NYA. AMIN. Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena dalam rahap Dua tangan kaku berdakap Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini kurasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan Senyum kemboja mengantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabadian Insan kerdil mengadap Tuhan Begitu bakti k...