Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pendidikan

RELC Singapore: Day 1 - Revisiting Kampong Glam

Imej
Rain was falling that day.  As we were eating lunch, intense rain began to fall.  We continued going towards an unanticipated destination after paying for our meals when the rain ceased. Once again, I was captivated by the mosque and Kampong Glam compound, even though I was unsure of what had brought me here.  Istana Kampong Glam was the next stop on our walk, and I was equally impressed by its architecture. My most recent trip to Singapore's Malay Heritage Centre was a stroke of fate, as the museum was hosting an exhibition that delved into the fascinating history of the Bugis people.  Honour and Pride, or Sirri na Pesse , was the exhibition's title.  The exhibition showcased a wealth of informational artefacts and collections about the Bugis ethnicity and the Singaporean Bugis community.   A perahu bugis is depicted in the picture below. The above picture shows a perahu bugis --- PANTUN Singapura Serupa-rupa Anak bugis jala...

RELC Singapore: Day 1

Imej
Day 1 started on 2nd of January 2018. Boarding flight TR453 of Scoot Airlines, I landed at Changi Airport safely around 11.45 a.m. This time the trip was not for leisure but I would rather say for in-service professional development yet I did expect to explore Singapore more whenever I have the chance to do so. The only male companion from Malaysia was a teacher named Afnan. He's teaching in Machang, Kelantan. We started a good and enjoyable relationship when we stepped our feet in on Singapore land. We boarded a metered-taxi that costed us SG20.90. The driver was quite talkative and he spoke in Malay-Pranakan accent which was something rare to me. I had imagined Munshi Abdullah era when I listened to that accent. As Afnan and I were new to this place we did not know where to go for our lunch. After checked-in to our rooms, I just contacted an Uber to a place called Arab Street as suggested by a fried. I found that Arab Street actually was a place that I had been...

Hari Pertama: Ke Sekolah Islam Harapan Ibu

Imej
3 MEI 2017 (Rabu) Setiba di sana, Cikgusir dijemput oleh rakan guru (juga bekas peserta kursus yang Cikgusir pernah ajar) iaitu Imas Choirunnisa. Terus dibawa ke tempat penginapan iaitu di Kost Golden Mansion bagi tujuan penginapan selama 5 hari 4 malam di Jakarta. Setelah selesai checked-in terus saya dibawa ke Sekolah Islam Harapan Ibu untuk melihat tempat dan berjumpa dengan beberapa orang guru di sana. Kost Golden Mansion Di sinilah Cikgusir menginap.Kost Golden Mansion di Jalan Haji Goden, Jakarta Selatan. Di sini pekerja seorang tu bertanya kepada Cikgusir dengan cuba mengajuk cara cakap orang Malaysia apabila dia tahu saya dari Malaysia. Begini lebih kurangnya... "Oo.. bapak dari Malaysieee... Upin Ipin di maneee... sudah makenn keee"... ha ha.. lucu pulak dengarnya... cakap Indonesia sahaja cukuplah bro.. saya faham.. he he Di bilik ini Cikgusir duduk berbual-bual dengan beberapa orang guru di sana. Dapatlah juga bertukar-tukar pandangan...

Bersediakah? Jangan risau PTPTN kan adoo..

Imej
Ada seorang kawan pernah beritahu Cikgusir, kalau nak belajar berenang mestilah masuk ke dalam air. Kalau tidak sampai bila-bila pun tak akan pandai berenang. Maka dengan itu Cikgusir dah letakkan hujung kaki sebelah pada gigi air. Harap-harap berjayalah hendaknya.  Amin. Benda ni kalau tak sendiri mulakan mana nak gerak ye tak... teringat pada satu syair Arab dalam buku karangan Za'ba yang berbunyi... Tidak ada yang boleh menggaru gatal kulitmu Sama seperti kuku tanganmu sendiri; Sebab itu buatlah olehmu sendiri Segala kerja tanggungan dirimu. Maka tanamkan dalam diri... TIADA MASA LAGI UNTUK BERMAIN-MAIN... MASA UNTUK SERIUS! (Serius ke.. he he)

Buai laju-laju

Imej
Mood peperiksaan sudah menjelma.

Selamat Menduduki Percubaan SPM

Imej
Percubaan SPM sedang berlangsung. Jadikan ianya sebagai penanda aras pencapaian anda.

Bila Lensa Bicara: Mod Peperiksaan

Imej
Peperiksaan telah bermula, di penghujungnya cuti sekolah. >> lagi foto <<

KAD UCAPAN HARI GURU 2012

Imej
Dah lama rasanya tak design Kad Ucapan Hari Guru...  Tiba-tiba dapat idea nak guna light trail ... maka inilah hasilnya... SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU SAYA DAN JUGA RAKAN-RAKAN KEGURUAN (imej asal di sini...  http://farishfotokraftik.com/2012/05/14/playing-with-lights-for-teachers-day/ )

Baca buku di Google Tambah

Imej
Baca Dan Tulis Adalah Kunci Ilmu Pengetahuan 1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. 2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. 3. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. 4. Yang mengajar manusia dengan pena. 5. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5) Buku... Dari dahulu hingga sekarang Cikgusir memang suka membaca sejak dari kecil lagi. Namun zaman berubah, bentuk sumber-sumber bacaan juga berubah seiring dengan perubahan zaman. Dari membaca coretan-coretan di atas batu yang di tulis dengan 'qalam' (stylus) seperti yang dimulakan di Sumeria hinggalah pada masa kini yang mana kita boleh membaca buku dengan mengguna tablet-tablet elektronik.  Google Books Yang terkini ... (ataupun Cikgusir yang baru tahu?) Google+  Sememangnya Cikgusir sudah sedia ada akaun email Google (Gmail). Baru-baru ini Cikgusir dapat tahu yang Google ni dah ada Google+ pulak. Belek punya belek, cuba punya cuba ... Cikgus...

Bodohkah Si Pandir?

Imej
Di suatu pagi yang dingin. Hujan masih renyai bersama kabus menyelimuti persekitaran sebuah arena menuntut ilmu. Pagi itu setelah selesai satu ritual setiap pagi Jumaat bagi tujuan kerohanian, Sang Mahaguru itu mencapai pembesar suara untuk menyampaikan satu amanat. (sebelum itu telah ada mukadimah yang diberikan... agak panjang mukadimahnya untuk dicatat diruangan ini) Mahaguru:  Kamu semua kena ingat... peperiksaan itu penting. Kamu kenalah beri perhatian pada apa yang guru kamu ajar. Kalau tak lulus periksa, kamu jadi orang yang BODOH! Kamu mahu jadi orang yang BODOH? Tak lulus periksa tu BODOH lah namanya tu... (maka seterusnya berhamburanlah perkataan BODOH itu bagai butir peluru di  medan sasar) Cikgusir: (Di dalam hati bagai ingin mencapai pembesar suara itu untuk dimatikan suisnya....)  ---------- B.O.D.O.H - Biarlah menjadi lapuk di dalam kamus. Sesungguhnya peristiwa ini mengingatkan diri Cikgusir sendiri agar tidak mudah me...

kerja waktu pejabat

Tahun depan nampaknya ada perkara baru buat guru-guru selain daripada perlaksanaan MBMMBI. Cikgu-cikgu dari beberapa sekolah rintis akan mula kerja waktu pejabat. Ada sumber-sumber yang kata perkara ini disebabkan cikgu-cikgu tidak lagi dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang tidak relevan. (Baca berita di sini: UTUSAN MALAYSIA ONLINE ) Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012? Oleh JAMLIAH ABDULLAH pengarang@utusan.com.my ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Anda tanya, saya dah lama nak jawab. Tapi...

Imej
Susahnya jadi cikgu... Menjadi guru bukanlah mudah. Pelajar sering menganggap guru adalah serba tahu. Hakikatnya guru juga sebenarnya masih belajar, perlu belajar dan terus belajar. Banyak persoalan-persoalan umum kadangkala ditanya oleh pelajar membuatkan guru agak kaget untuk menjawab. Saya sebagai seorang guru juga tidak terkecuali. Sebagai contoh bukan sekali saya ditanya tentang mengapa perlu umat Islam tidak membenarkan penganut Kristian di Malaysia (Ya .kerana yang beria-ia benar nak gunakannya adalah di Malaysia...) menggunakan perkataan ALLAH ? Ditanyakan juga apa bezanya ALLAH yang disembah oleh umat Islam dan Kristian? Berat juga hendak menjawabkan? Sudah lama juga ingin saya menulis mengenai isu ini iaitu semenjak ia mula dibincangkan secara umum. Namun saya pendamkan sahaja kerana pada fikiran saya masyarakat adalah matang untuk berfikir. Blog saya pun adalah berkonsep santai dan pengkisahan peribadi. Namun kali ini saya gagal untuk kekal pada konsep asal blog saya. Maafk...

Sikap tidak peduli...

Apakah mungkin sebabnya telah dipengaruhi hedonism?

Gonna be bright sunshiny day ahead for us all

Saya tujukan lagu ini buat anak2 didik saya yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dan Peperiksaan PMR. Dengan ucapan 'Undilah Saya!' Eh.. salah... dengan ucapan 'Semoga Kejayaan Milik Anda!' ... Semangat!!!! I can see clearly now, the rain is gone, I can see all obstacles in my way Gone are the dark clouds that had me blind It's gonna be a bright (bright), bright (bright) Sun-Shiny day. I think I can make it now, the pain is gone All of the bad feelings have disappeared Here is the rainbow I've been praying for It's gonna be a bright (bright), bright (bright) Sun-Shiny day. Look all around, there's nothing but blue skies Look straight ahead, nothing but blue skies I can see clearly now, the rain is gone, I can see all obstacles in my way Gone are the dark clouds that had me blind It's gonna be a bright (bright), bright (bright) Sun-Shiny day.

Taqabbal minna du'a ana...

Imej
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang empunya segala perbendaharaan ilmu. Ku pohonkan dari Mu ya Rabbi, keampunan atas diriku dan para pelajar ku. Berikanlah para pelajar ku keputusan yang cemerlang dan kemuliaan akhlak yang terbilang. Sekiranya tiada layak bagi mereka, berikanlah apa yang patut dan baik untuk diri mereka Ya Allah. Perkenankanlah doa hamba Mu ini Ya Allah. AMIN YA RABB AL-'ALAMIN"

Walaupun gua rempit... Dalam hati gua ada taman bro!

Imej
Memetik kata-kata Adnan Sempit "Walaupun gua rempit... Muka gua ganas.... Dalam hati gua ada taman bro!" Hari ni hati Cikgusir dah tersentuh la pulak... tak terkata... gambar di atas menceritakan segala-galanya... Pada Nur Afiqah... serius ni... memang Cikgu tak cam sangat sebab dah lama sangat. Memori karat sikit. Sabiha tu pun ada dalam memori sebab muka dia tak berubah... cenggituuuu je... Apapun moga Nur Afiqah sentiasa cemerlang...

Nak jadi cikgu... nak jadi cikgu....

Imej
Di dalam sebuah kelas yang tak ramai murid. Yang murid-muridnya nampak macam santai sahaja walaupun S.P.M. semakin dekat dan semakin dekat. Di hadapan kelas itu kelihatan Cikgusir sedang membebel tentang pentingnya membuat persiapan awal untuk kejayaan selepas S.P.M. Termasuklah pula ke dalam topik kerjaya. Minah Excited: Cikgu. Dari apa yang cikgu cakap tadi saya dah buat keputusan nak jadi guru lah. Cikgusir: Aikk... cepatnya buat keputusan. Minah Excited: Ya cikgu. Confirm. Saya memang nak jadi cikgu. Cikgusir: Tak payah lah... Minah Excited: Kenapa cikgu? Cikgusir: Kesian... Minah Excited: Apa yang kesiannya cikgu...? Cikgusir: Keshiannn.... (ko tau tak susah jadi cikgu ni) Minah Excited: Apa cikgu ni ... saya excited nak jadi cikgu ni... Cikgusir: Keshiann.. (tak payah la cik oii... ko belum rasa) Minah Excited: Hishh... cikgu ni ... saja la tu nak bagi saya putus semangat. (Kringggggggggggggggggggggggggggggggggggg...... ) Cikgusir: Baiklah kelas... itu sahaja perbincangan kita ...

Bual bicara di Stadium Proton City

Imej
Gambar 1: Arena lompat tinggi yang berlatar belakangkan banjaran Titiwangsa Gambar 2: Acara Trek sedang berlangsung Hari ini hari kedua Cikgu Sir bertugas di bahagian arena lompat tinggi MSSD Olahraga Hulu Selangor. Bersama-sama dengan beberapa orang guru yang lain, ada juga beberapa orang yang membantu. Dalam pada itu ada beberapa bual bicara sesama mereka yang menarik perhatian Cikgu Sir... Bual 1: Boy A: Panas jugak kan kita bertugas kat sini... Boy B: Abis ko ingat ni musim salji ke? Boy A: Tak la... bukan apa takde ke yang terfikir nak buat tiang tu otomatik? Boy B: Huh... Macammana? Boy A: Ye la... kan senang kalau palang tu jatuh dia naik sendiri ... macam kat bowling tu... pin disusun sendiri... lepas tu ketinggian pun dia otomatik naik sendiri... Boy B: Abis tu nanti apa pulak tugas kita... tak de la nak merasa ikut sambil tengok Olahraga ni... apa la... Boy A: Ye tak ye jugak... Cikgu Sir: (kreatif jugak budak sorang tu... boleh jadi engineer Proton masa depan kot) Bual 2: Bo...

Gembirakah aku akan berita itu...?

Hmm... lama jugak laman blog ni aku tak update... (eh ... salah... kemaskini) dan dengan itu juga sudah lebih kurang lima hari pengumuman mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris diumumkan oleh Tan Sri Muhyidin. Semenjak dari pengumuman itu, di mana-mana pun aku ditanya mengenai pendapat ku. Jawapan ku hanyalah mudah..."Sudah diumum, apa guna diulas... keputusannya muktamad" walaupun di dalam hati terbit rasa kesal atas pengumuman itu. Lagipun siapalah aku di dalam dunia pendidikan untuk menentang keputusan muktamad itu. Akan tetapi, persoalan-persoalan terus aku terima bagai mendesak aku untuk memberi ulasan lebih lanjut daripada apa yang aku perkatakan di atas. Akhirnya terpaksa juga aku terjebak juga dengan memberikan beberapa hujah yang selama ini terpendam di fikiran ku. Perdebatan itu berlaku di dalam laman sosial "FACEBOOK". Aku termakan dengan komen provokasi yang dicatatkan di 'wall' peribadi salah...

Rutin Telefon Bimbit ku di Hari Guru...

Imej
Kesian pun ada pada Si telefon bimbit ku yang jenamanya macam jenama kereta + minuman bergas itu. Setiap minit ianya menerima pesanan-pesanan teks yang mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat tuannya... di bawah adalah pesanan-pesanan yang telah diterima... A good teacher is like a lighthouse. It doesn't ring bells or fire guns to call attention to its luminance. It simply shines. HAPPY TEACHER'S DAY Selvakumar Selvarajan God has given EYES: to look at you. HANDS: to pray for you. MIND: to remember you. HEART: to think of you and MOUTH to wish you HAPPY TEACHER'S DAY! Robert Collins Bertaring tidak mengerkah, berkuku tidak mencakar, berkuasa tidak memaksa, berpengetahuan tidak membodohkan, berpangkat tidak menghembat, berani tidak melesi, berakal tidak menjual, berharta tidak aniaya, tinggi tidak menimpa, besar tidak meledan, bertaji tidak memupur. Guru Pembina Negara Bangsa... SELAMAT HARI GURU 2009 Shamsudin Adnan Dulu dia pegang rotan kau kata dia garang, Bila dia lambat masu...