Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buku

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak

Imej
Tak dapat dinafikan Perak adalah di antara dua atau tiga buah negeri Semenanjung yang paling terkemuka dalam sejarah Malaysia. Selain daripada Kedah, Perak adalah negeri yang tertua; kesultanan Perak dipercayai telah diasaskan pada tahun 1528. (Khoo Kay Kim, 1986) Memetik kata-kata Prof. Khoo Kay Kim di atas, Cikgusir pada kali ini berkongsi satu lagi buku yang dibeli ketika melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak pada beberapa tahun yang lepas. Buku karangan M.A FAWZI BASRI ini diterbitkan pada tahun 1986. Seperti yang dikatakan oleh Prof Khoo Kay Kim, sejarah Perak ini tidak dapat tidak harus kita ketahui kerana ia merupakan antara negeri yang tertua di dalam persekutuan Malaysia. Kulit Buku Buku ini menyentuh banyak hal sedari awalnya sejarah negeri Perak iaitu yang bersandarkan bukti-bukti arkeologi bertarikh 8000 tahun SM sehinggalah kepada kewujudan Kesultanan Perak abad ke-20. Jikalau dilihat pada keadaan buku ini, Cikgusir rasa ianya sudah lama terperam di kaunt...

Buku 07: Air Mata Raja

Imej
Mencari sesuatu untuk dibaca... Rambang mata. Itulah yang boleh dikatakan apabila Cikgusir melangkah masuk ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa 2012. Gerai jualan buku DBP menggamit kaki melangkah masuk. Namun, tiada sesuatu yang menarik tangan ini untuk menukarkan mana-mana buku dengan wang tunai. Hanya memerhati orang rumah membeli beberapa keping majalah, mata Cikgusir tiba-tiba terkerling pada satu buku yang nampak tebal. Di dalam rak. Itu pun setelah seseorang memegangnya dan meletakkannya kembali. Kulit atau nama?... Jangan memilih buku dari kulitnya, begitu lebih kurang maksud pepatah Inggeris. Tiba-tiba hati terdetik bagai 'Harry Potter' memilih kayu saktinya, Cikgusir terus menggapai buku itu; bukan kerana kulitnya (walaupun Cikgusir seorang Bibliofil. .) Pasti ada sesuatu di dalam buku yang berjudul AIR MATA RAJA ini kerana pada Cikgusir, kisah yang diterbitkan daripada titisan air mata seorang raja pastinya ada bersangkut-paut dengan keadaan ses...

Melawat Melaka 02: Kemusnahan A'Famosa akibat 'VANDALISM' Inggeris.

Imej
A'Famosa atau Porta De Santiago? Tinggalkan dahulu kisah Sultan Hussein Shah Sultan Singapura yang mana riwayat hidup baginda penuh ranjau diperdaya Inggeris. Cikgusir teruskan mencatat tentang suatu struktur yang ada dicatatkan di dalam 'Hikayat Abdullah' Gambar di atas adalah 'Porta de Santiago' iaitu salah satu pintu gerbang Kota Melaka atau di dalam bahasa Portugisnya disebut A'Famosa; bermaksud "Yang Masyhur". Namun kini setelah dimusnahkan Inggeris dengan susah payah, hanya cebisan di atas sahaja yang tinggal. Cebisan gerbang kota itulah yang sering dianggap sebagai A'Famosa. Sedangkan A'Famosa yang sebenarnya amatlah luas mengelilingi bandar Melaka. Pelan Kota Melaka 1744 Di dalam 'Hikayat Abdullah' Bab V, dicatatkan tajuk 'Darihal Kota Melaka'. Di dalam bab ini Abdullah menyatakan kekesalan beliau atas tindakan pemerintah Inggeris ketika itu yang tidak pandai menghargai nilai sejarah sesuatu sen...

Bahawasanya sahaya salah

Imej
Petikan buku "Hikayat Abdullah" NAK SAMBUNG TULIS, LAIN YANG DAPAT... Terasa ingin menyambung menulis tentang Sultan Hussin Syah. Makanya Cikgusir pun membacalah semula ceritanya yang lebih panjang di dalam buku "Hikayat Abdullah"; beberapa bab telah dibaca dengan sekali lalu dan mata pulak terhenti pada ... "Bab VI: Darihal Raja Farquhar". Tiba-tiba terasa ingin tahu adakah nama Farquhar itu sememangnnya nama keturunan bangsa Inggeris?... kerana Cikgusir rasa macam dah tak ada lagi nama macam tu digunakan pada masa kini. Cikgusir pun beralihlah pulak kepada 'Mr. Google" untuk carian... Mengikut Hikayat Abdullah beliau digelar "Raja Farquhar". Sumber gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/William_Farquhar FAR-KOO-HAR? Dalam buku itu, memang 'watak' beliau ini sentiasa ada. Paling penting ketika menceritakan sejarah Singapura dan Melaka. Selama belajar sejarah, Cikgusir sebut namanya sebagai FAR-KOO-HAR. Akibat da...

Melawat Melaka 01: Masjid Tengkera dan Almarhum Sultan Hussin Shah.

Imej
Menara Masjid Tengkera MAKLUMAT RINGKAS... Berdasarkan catatan pada gerbang masjid, masjid ini pertama kali dibina pada tahun 1728. Kemudian dikatakan berlaku kerosakan yang besar sehingga hanya tinggal menaranya sahaja seperti yang terdapat di dalam gambar di atas. Ia kembali dibina pada tahun 1780. Berdasarkan tarikh ini ianya dianggap sebagai masjid yang tertua di negeri Melaka. Rekabentuk menaranya merupakan rekabentuk Pagoda China. Manakala binaan asal adalah daripada kayu, namun pada tahun 1890 ia dibina semula dengan bahan konkrit (The Encyclopedia of Malaysia: Architecture). CATATAN MENURUT BUKU... Buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI telah memetik satu peristiwa di dalam Hikayat Abdullah iaitu peristiwa pengebumian Sultan Husin Syah yang mangkat pada tahun 1835; iaitu telah berlaku 178 tahun yang lampau. Mengikut catatan buku tersebut, ianya dilakukan dengan penuh istiadat di Raja; selayaknya untuk seorang Sultan. Pembesar-pembesar Inggeris turut hadir di dal...

Buku 06: Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (berserta lawatan)

Imej
ULASAN BUKU DAN KUNJUNGAN  KE MELAKA Ulasan buku kali ini Cikgusir buat secara catatan 'field-study' dengan mengikut serta merujuk beberapa bahagian di dalam buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI . Atas sebab itu Melaka adalah destinasi yang ditujui tambahan pula cuti sekolah sudah bermula. Dalam banyak-banyak tempat memang Cikgusir suka pergi ke Melaka. Tidak berapa pasti mengapa ia destinasi pilihan. Mungkin sejarahnya yang mencoret banyak peristiwa-peristiwa silam yang bercampur-baur kerana setiap peristiwa yang berlaku itu kini mengalir kekal di dalam garis masa serta meninggalkan kesan-kesan yang masih jelas hingga sekarang. Walaupun tempat-tempat utama seperti kawasan Banda Hilir telah banyak kali dilawati, namun Cikgusir rasa masih banyak lagi rahsia yang tersimpan yang masih belum diteroka. Porta Da Santiago, sebahagian tinggalan kota mahsyur A'Famosa. MELAKA DAN HOBI... Apabila berkunjung ke Melaka, tempat yang pertama dikunjungi adalah Muzium Setem Mel...

Bila Lensa Bicara: 'Apanama' yang tersenyum.

Imej
Akhirnya berjaya 'menangkap' Mr. Apanama untuk berada di dalam rak buku di dalam rumah saya. Namun masih menanti peluang untuk bertemu secara 'in-person'.

Buku 05: Biblioholisme Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya

Imej
Biblioholisme Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya Satu Ritual... Sememangnya menjadi kebiasaan di dalam memilih buku untuk dibaca, Cikgusir pastinya mudah kagum dan tertarik pada kulit buku. Memanglah di dalam pepatah 'Orang Putih' yang 'cliche' ada disebutkan 'Don't judge a book by its cover' . Namun ia tetap menjadi perkara pertama yang Cikgusir laksanakan sebagai 'ritual' memilih buku. Seterusnya barulah Cikgusir akan membelek-belek kandungan buku tersebut dan membuat keputusan untuk membelinya atau tidak. C apai dan Belek... Jadi, di Pesta Buku Antarabangsa pada tahun ini, di gerai  Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM),  Cikgusir mencapai buku ini untuk dibelek kerana ia bagaikan telah direkabentuk untuk tangan-tangan ghairah mencapai buku ini untuk dibelek. Mengapa? Kerana warna tulisan bagi tajuknya (hitam) yang tidak kontra dengan warna latar belakangnya (buku-buku yang berwarna-warni yang tersusun di...

Buku 04: The Awesome Egyptians

Imej
BUKU YANG SANTAI... Sudah banyak mengulas buku-buku yang agak serius kandungannya, kali ini Cikgusir mengulas tentang satu buku yang diolah dengan gaya yang santai dan berbentuk komik. Buku "The Awesome Egyptians" oleh Teary Deary dan Peter Hepplewhite ini merupakan satu daripada pelbagai tajuk mengenai pelbagai tamadun dan peristiwa-peristiwa di dalam lipatan sejarah di bawah Siri "Horrible Histories" . Antara yang terdapat di dalam siri ini adalah The Savage Stone Age, The Rotten Romans, The Measly Middle Ages dan lain-lain. Buku ini menyampaikan pengkisahan sejarah Mesir purba dengan gaya santai berbanding dengan apa yang disampaikan oleh buku-buku teks konvensional. Ilustrasi juga walaupun di dalam bentuk lakaran pena sahaja juga membantu penyampaian maklumat, disulami juga dengan unsur-unsur jenaka. Namun semua itu tidak menghalang maklumat dan fakta disampaikan dengan tepat. ANTARA YANG MENARIK... Sememangnya Cikgusir suka membaca bu...

Buku 03: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri; Za'ba

Imej
Perihal Buku... Buku ini didahului dengan ulasan pengenalan oleh Asmah Haji Omar. Perkara utama di dalam bab pengenalan ini adalah penerangan mengenai tema utama penulisan Za'ba iaitu menegur dan mencadangkan dengan pemikirannya bagaimana untuk mengikis sifat-sifat negatif bangsa Melayu. Semua itu adalah usaha pendeta Za'ba untuk meninggikan darjat orang Melayu (yang majoritinya beragama Islam) dari semua segi; kesantunan bahasa, kefahaman tentang Islam serta kekuatan ekonomi. Buku karangan Za'ba ini menyentuh tentang betapa perlunya orang Melayu mengubah sikap mereka yang suka bergantung pada orang lain di dalam banyak perkara. Sikap tidak mahu berusaha di sentuh dengan panjang lebar dan ianya dikaitkan dengan kurangnya kefahaman Islam di kalangan orang Melayu. Semua ini menurut Asmah Haji Omar ditulis oleh Za'ba berdasarkan pemerhatian beliau dan juga berdasarkan pengalaman seharian. Apa yang menarik mengikut pandangan Cikgusir... Cikgusir teruja d...

Buku 02: Jerusalem, One City Three Faiths

Imej
Jerusalem One City Three Faiths: Karen Armstrong  Kandungannya Secara Ringkas: Buku ini menerangkan transformasi kota Jerusalem sejak awal sejarah purbanya dicatatkan. Penulis menyingkap perubahan dan pemilikan yang berlaku pada kota ini yang silih berganti dengan melihat dari sudut pandangan dan tradisi dari 3 agama utama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Penulis dengan jujur menyingkap satu persatu dengan berpandukan pensejarahan yang sah tanpa sudut pandangan yang berat sebelah. Setiap konflik yang berlaku di sepanjang garisan masa sejarah kota ini juga dikupas dengan begitu baik. Petikan 'Chapter 11' Petikan Buku Yang Menarik: Di dalam 'Chapter 11' di mana penulis mengupas tentang tradisi Islam mengenai bandar ini yang di kenali sebagai 'BAYT AL-MAQDIS'; deskripsinya agak menarik bila beliau memperihalkan tentang Nabi MUHAMMAD S.A.W. MUHAMMAD IBN ABDALLAH, the new prophet of Mecca in the Hijaz, did not believe that he was about ...

Buku 01: Al-Quran: Manual Bagi Sistem Teknologi Bernama Manusia

Imej
Buku ini bermula dalam bentuk lisan ketika MESEJ yang pertama yang didefinisikan sebagai wahyu melalui seorang yang telah terpilih untuk menyampaikannya buat umat manusia keseluruhannya. MUHAMMAD IBN ABDULLAH. Dengan MESEJ PERTAMA yang bermaksud, Bacalah! dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menjadikan. (Read! In the name of your Rabb Who created.) Buku ini Cikgusir pilih untuk dimuatkan di dalam post yang pertama mengenai buku adalah kerana ianya merupakan buku pertama DI DUNIA yang Cikgusir rasa di dalamnya ada TESTIMONI yang mengatakan semua isi kandungannya adalah BENAR dan TIDAK ADA KERAGUAN. Ianya tercatat di dalam Surah ke-2 pengakuan YANG EMPUNYA PERKATAAN bahawa MESEJ di dalam buku ini sebenar-benar datang sebagai panduan dari NYA. Tidak pernah ada di dalam mana-mana buku yang membuat pengakuan sebegini oleh mana-mana penulis. Tetapi PENULIS buku ini telah menyatakan dengan kukuhnya bahawa: Alif Lam Mim. Kitab ini tidak ada keraguan padanya, pe...

Rasanya... Ia satu permulaan...

Imej
Pagi Ahad ini, suatu pagi yang agak panas walaupun jam baru menunjukkan jam 8.30 pagi. Cikgusir baru selesai 'realign' waktu tidur yang agak tidak menentu kebelakangan ini. Sedang tangan memulas tombol paip 'shower' tiba-tiba di ingatan terlintas tentang BLOG... dan terus menerawang untuk menghurai satu idea yang tiba-tiba datang di benak fikiran ini... Hari ini Cikgusir rasa, blog yang dah lama Cikgusir tak update ni, Cikgusir nak isikan dengan satu fokus utama iaitu BUKU atau BOOK kata 'orang putih'. Cikgusir memang suka beli dan baca buku (walaupun sesetengah buku tu tak habis baca pun... bergantung pada julat masa senggang yang ada :)). Jadi Cikgusir rasa nak catat apa yang Cikgusir dah baca samalah macam program NILAM kat sekolah tu. Juga akan disertakan bersama GAMBAR buku yang dibaca itu dari hasil 'CAPTURE' kamera Cikgusir sendiri. Oleh itu, hari ni adalah hari yang Cikgusir akan mulakan 'update post' dengan sebuah buku AGUNG seba...