Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel melancong

RELC Singapore: Day 1 - Revisiting Kampong Glam

Imej
Rain was falling that day.  As we were eating lunch, intense rain began to fall.  We continued going towards an unanticipated destination after paying for our meals when the rain ceased. Once again, I was captivated by the mosque and Kampong Glam compound, even though I was unsure of what had brought me here.  Istana Kampong Glam was the next stop on our walk, and I was equally impressed by its architecture. My most recent trip to Singapore's Malay Heritage Centre was a stroke of fate, as the museum was hosting an exhibition that delved into the fascinating history of the Bugis people.  Honour and Pride, or Sirri na Pesse , was the exhibition's title.  The exhibition showcased a wealth of informational artefacts and collections about the Bugis ethnicity and the Singaporean Bugis community.   A perahu bugis is depicted in the picture below. The above picture shows a perahu bugis --- PANTUN Singapura Serupa-rupa Anak bugis jala...

RELC Singapore: Day 1

Imej
Day 1 started on 2nd of January 2018. Boarding flight TR453 of Scoot Airlines, I landed at Changi Airport safely around 11.45 a.m. This time the trip was not for leisure but I would rather say for in-service professional development yet I did expect to explore Singapore more whenever I have the chance to do so. The only male companion from Malaysia was a teacher named Afnan. He's teaching in Machang, Kelantan. We started a good and enjoyable relationship when we stepped our feet in on Singapore land. We boarded a metered-taxi that costed us SG20.90. The driver was quite talkative and he spoke in Malay-Pranakan accent which was something rare to me. I had imagined Munshi Abdullah era when I listened to that accent. As Afnan and I were new to this place we did not know where to go for our lunch. After checked-in to our rooms, I just contacted an Uber to a place called Arab Street as suggested by a fried. I found that Arab Street actually was a place that I had been...

Hari Pertama: Ke Sekolah Islam Harapan Ibu

Imej
3 MEI 2017 (Rabu) Setiba di sana, Cikgusir dijemput oleh rakan guru (juga bekas peserta kursus yang Cikgusir pernah ajar) iaitu Imas Choirunnisa. Terus dibawa ke tempat penginapan iaitu di Kost Golden Mansion bagi tujuan penginapan selama 5 hari 4 malam di Jakarta. Setelah selesai checked-in terus saya dibawa ke Sekolah Islam Harapan Ibu untuk melihat tempat dan berjumpa dengan beberapa orang guru di sana. Kost Golden Mansion Di sinilah Cikgusir menginap.Kost Golden Mansion di Jalan Haji Goden, Jakarta Selatan. Di sini pekerja seorang tu bertanya kepada Cikgusir dengan cuba mengajuk cara cakap orang Malaysia apabila dia tahu saya dari Malaysia. Begini lebih kurangnya... "Oo.. bapak dari Malaysieee... Upin Ipin di maneee... sudah makenn keee"... ha ha.. lucu pulak dengarnya... cakap Indonesia sahaja cukuplah bro.. saya faham.. he he Di bilik ini Cikgusir duduk berbual-bual dengan beberapa orang guru di sana. Dapatlah juga bertukar-tukar pandangan...

Hari Pertama: Perjalanan

Imej
Perjalanan dimulakan dengan menaiki pesawat MALINDO AIR OD316, perjalanan pada hari itu adalah lancar dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 5 minit. Dah lama juga Cikgusir tak naik pesawat MALINDO AIR ni. Yang paling akhir dulu masa saya ke Bali. Hmm.. Hidangannya juga sedap ni... Kan dah kata.. sedap... Gin and tonic? ha ha.. nope... Pepsi and plain water Dari ketinggian 38,000 kaki (menurut pengumuman dibuat oleh juruterbang). Alhamdulillah. Selamat mendarat di lapangan terbang Sukarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.

Kembara Jakarta-Yogyakarta 2017: Prelude III

Imej
Sehari sebelum berangkat, datang pulak 'teaser' dari tanah Jawa. Ibu guru Fitri Sukmawati menghantar gambar tempat menginap ketika di Yogyakarta nanti. 'NDALEM SOERATIN' nama guest house tersebut. Makanya keterujaan ketika ini semakin menebal... laman kecil yang nampak agak santai kaki lima yang kemas Dekorasi gaya Indische  Kemas Portal to the slumberland Teringat setting rumah dalam cerita 'Surga yang tak dirindukan'.

Sehari sebelum: Prelude II

Imej
Malam ini sesudah solat maghrib, saya berdoa agar perjalanan saya untuk kembara pada kali ini dipermudahkan dan mencapai matlamat yang dihajati. Selesai dengan doa itu, dengan niat diberikan sedikit petunjuk dari-NYA, saya mencapai al-Quran; jari memilih secara rawak mukasurat dari kitab itu... antara yang tercatat di dalamnya adalah dari surah ini Alhamdulillah. Paparan sebahagian ayat di dalam ayat ini, menyejukkan hati... "...Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." Tenang rasa hati ini yang perjalanan Cikgusir nanti direstui oleh-NYA. Amin.

Kembara Jakarta-Yogyakarta 2017: Prelude I

Imej
Nak taip "lama betul tak update blog".. rasa macam dah cliche sangat. Takpelah Cikgusir taip terus je lah nak bagitau, minggu depan ni 3 - 13 Mei 2017, Cikgusir akan memulakan kembara ke Jakarta-Yogyakarta yang bertemakan 'Kembara menyebar Ilmu'... nantikan update seterusnya.

Merentas Denai Masa: Makam Laksamana Bentan

Imej
Catatan ini merupakan sambungan siri catatan 'Merentas Denai Masa' yang memaparkan perjalanan singgah di tempat-tempat bersejarah di Kota Tinggi pada tahun 2012. Selepas catatan kedua iaitu ' MERENTAS DENAI MASA: KOTA JOHOR LAMA ', Cikgusir dilanda kesibukan yang membataskan masa untuk mencatat perihal tempat-tempat yang seterusnya. Hari ini ada sedikit waktu untuk Cikgusir kembali menulis berkenaan tempat yang seterusnya bertempat di Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor. SEPINTAS LALU... Gambar: Lokasi berlaku kisah tragis pembunuhan Sultan Mahmud II oleh pembesar baginda yang bergelar Laksamana Bentan. Di sinilah pada tahun 1699 berlaku satu tragedi yang memutuskan jalur terakhir zuriat Kesultanan Melayu Melaka dan menyaksikan Bendahara naik menjadi Sultan mengikut hukum dan adat Melayu. Mangkatnya Sultan Mahmud II di tangan Laksamana Megat Seri Rama (atau juga dikenali sebagai Laksamana Bentan) tanpa meninggalkan zuriat telah menyebabkan Bendahara Tun Ha...

Melawat Melaka 02: Kemusnahan A'Famosa akibat 'VANDALISM' Inggeris.

Imej
A'Famosa atau Porta De Santiago? Tinggalkan dahulu kisah Sultan Hussein Shah Sultan Singapura yang mana riwayat hidup baginda penuh ranjau diperdaya Inggeris. Cikgusir teruskan mencatat tentang suatu struktur yang ada dicatatkan di dalam 'Hikayat Abdullah' Gambar di atas adalah 'Porta de Santiago' iaitu salah satu pintu gerbang Kota Melaka atau di dalam bahasa Portugisnya disebut A'Famosa; bermaksud "Yang Masyhur". Namun kini setelah dimusnahkan Inggeris dengan susah payah, hanya cebisan di atas sahaja yang tinggal. Cebisan gerbang kota itulah yang sering dianggap sebagai A'Famosa. Sedangkan A'Famosa yang sebenarnya amatlah luas mengelilingi bandar Melaka. Pelan Kota Melaka 1744 Di dalam 'Hikayat Abdullah' Bab V, dicatatkan tajuk 'Darihal Kota Melaka'. Di dalam bab ini Abdullah menyatakan kekesalan beliau atas tindakan pemerintah Inggeris ketika itu yang tidak pandai menghargai nilai sejarah sesuatu sen...

Melawat Melaka 01: Masjid Tengkera dan Almarhum Sultan Hussin Shah.

Imej
Menara Masjid Tengkera MAKLUMAT RINGKAS... Berdasarkan catatan pada gerbang masjid, masjid ini pertama kali dibina pada tahun 1728. Kemudian dikatakan berlaku kerosakan yang besar sehingga hanya tinggal menaranya sahaja seperti yang terdapat di dalam gambar di atas. Ia kembali dibina pada tahun 1780. Berdasarkan tarikh ini ianya dianggap sebagai masjid yang tertua di negeri Melaka. Rekabentuk menaranya merupakan rekabentuk Pagoda China. Manakala binaan asal adalah daripada kayu, namun pada tahun 1890 ia dibina semula dengan bahan konkrit (The Encyclopedia of Malaysia: Architecture). CATATAN MENURUT BUKU... Buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI telah memetik satu peristiwa di dalam Hikayat Abdullah iaitu peristiwa pengebumian Sultan Husin Syah yang mangkat pada tahun 1835; iaitu telah berlaku 178 tahun yang lampau. Mengikut catatan buku tersebut, ianya dilakukan dengan penuh istiadat di Raja; selayaknya untuk seorang Sultan. Pembesar-pembesar Inggeris turut hadir di dal...

Buku 06: Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (berserta lawatan)

Imej
ULASAN BUKU DAN KUNJUNGAN  KE MELAKA Ulasan buku kali ini Cikgusir buat secara catatan 'field-study' dengan mengikut serta merujuk beberapa bahagian di dalam buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI . Atas sebab itu Melaka adalah destinasi yang ditujui tambahan pula cuti sekolah sudah bermula. Dalam banyak-banyak tempat memang Cikgusir suka pergi ke Melaka. Tidak berapa pasti mengapa ia destinasi pilihan. Mungkin sejarahnya yang mencoret banyak peristiwa-peristiwa silam yang bercampur-baur kerana setiap peristiwa yang berlaku itu kini mengalir kekal di dalam garis masa serta meninggalkan kesan-kesan yang masih jelas hingga sekarang. Walaupun tempat-tempat utama seperti kawasan Banda Hilir telah banyak kali dilawati, namun Cikgusir rasa masih banyak lagi rahsia yang tersimpan yang masih belum diteroka. Porta Da Santiago, sebahagian tinggalan kota mahsyur A'Famosa. MELAKA DAN HOBI... Apabila berkunjung ke Melaka, tempat yang pertama dikunjungi adalah Muzium Setem Mel...

Merentas Denai Masa: Kota Johor Lama

Imej
Kota Johor Lama dari Google Earth Perjalanan merentas denai masa Cikgusir merangkumi kawasan ini; Kota Johor Lama . Suatu tempat di Johor Lama yang berulangkali dijadikan ibu negeri dan pusat pentadbiran. Menurut catatan pada batu penerangan Muzium Kota Johor Lama, kota ini di bina pada tahun 1540 dan ianya menjadi pusat pemerintahan sekaligus tempat merancang strategi untuk merampas kembali Melaka selepas kejatuhannya pada tahun 1511. Gerbang masuk ke Muzium Kota Johor Lama. Buyong Adil (1971) ada mencatatkan dari sumber Portugis mengenai kota ini pada tahun 1587: "Berkenaan dengan Johor Lama masa itu, dalam riwayat Portugis antara lain mengatakan: bandar Johor Lama itu ialah sebuah bandar yang cantik; terletak di atas sebuah bukit yang memanjang di tebing Sungai Johor; bandar itu berpagar sekeliling dengan kayu yang sangat kuat; tiada berapa jauh arah ke laut (ke hilir) daripada bandar itu, ada sebuah kota batu yang disebut namanya Cotabato (Kota Batu); kota it...