Catatan

Kebesaran Ilahi di dalam Ilmu Sastera.

Imej
MESEJ YANG DITURUNKAN: Kembali lagi mengemaskini blog. Hari ini 17 Ramadan 1434. Beberapa negeri di Malaysia bercuti umum sempena cuti Nuzul al-Quran. Nuzul adalah perkataan Arab yang membawa maksud 'turun' maka hari yang disambut pada hari ini adalah sempena turunnya al-Quran. Tarikh turunnya al-Quran adalah pada 17 Ramadan (6 Ogos 610M) . Ini membawa maksud usia al-Quran adalah lebih kurang 1403 tahun. Wahyu yang pertama diturunkan adalah ayat di dalam Surah al-'Alaq iaitu satu mesej yang bermula dengan gesaan untuk membaca iaitu 'Iqra'' . Turunnya ayat inilah memberi petanda bahawa dengan membaca manusia akan mengembangkan ilmu. MESEJ YANG KEDUA: Indahnya 'runtun konsonan' dan 'palindrom'. Di dalam mengimbau kembali sejarah turunnya wahyu kepada Nabi akhir zaman itu, Cikgusir kali ini terpesona dengan wahyu yang kedua. Seperti yang tercatat di dalam buku-buku sejarah, masyarakat Arab sebelum Islam merupakan masyarakat yang h...

Bahawasanya sahaya salah

Imej
Petikan buku "Hikayat Abdullah" NAK SAMBUNG TULIS, LAIN YANG DAPAT... Terasa ingin menyambung menulis tentang Sultan Hussin Syah. Makanya Cikgusir pun membacalah semula ceritanya yang lebih panjang di dalam buku "Hikayat Abdullah"; beberapa bab telah dibaca dengan sekali lalu dan mata pulak terhenti pada ... "Bab VI: Darihal Raja Farquhar". Tiba-tiba terasa ingin tahu adakah nama Farquhar itu sememangnnya nama keturunan bangsa Inggeris?... kerana Cikgusir rasa macam dah tak ada lagi nama macam tu digunakan pada masa kini. Cikgusir pun beralihlah pulak kepada 'Mr. Google" untuk carian... Mengikut Hikayat Abdullah beliau digelar "Raja Farquhar". Sumber gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/William_Farquhar FAR-KOO-HAR? Dalam buku itu, memang 'watak' beliau ini sentiasa ada. Paling penting ketika menceritakan sejarah Singapura dan Melaka. Selama belajar sejarah, Cikgusir sebut namanya sebagai FAR-KOO-HAR. Akibat da...

Melawat Melaka 01: Masjid Tengkera dan Almarhum Sultan Hussin Shah.

Imej
Menara Masjid Tengkera MAKLUMAT RINGKAS... Berdasarkan catatan pada gerbang masjid, masjid ini pertama kali dibina pada tahun 1728. Kemudian dikatakan berlaku kerosakan yang besar sehingga hanya tinggal menaranya sahaja seperti yang terdapat di dalam gambar di atas. Ia kembali dibina pada tahun 1780. Berdasarkan tarikh ini ianya dianggap sebagai masjid yang tertua di negeri Melaka. Rekabentuk menaranya merupakan rekabentuk Pagoda China. Manakala binaan asal adalah daripada kayu, namun pada tahun 1890 ia dibina semula dengan bahan konkrit (The Encyclopedia of Malaysia: Architecture). CATATAN MENURUT BUKU... Buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI telah memetik satu peristiwa di dalam Hikayat Abdullah iaitu peristiwa pengebumian Sultan Husin Syah yang mangkat pada tahun 1835; iaitu telah berlaku 178 tahun yang lampau. Mengikut catatan buku tersebut, ianya dilakukan dengan penuh istiadat di Raja; selayaknya untuk seorang Sultan. Pembesar-pembesar Inggeris turut hadir di dal...

Buku 06: Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (berserta lawatan)

Imej
ULASAN BUKU DAN KUNJUNGAN  KE MELAKA Ulasan buku kali ini Cikgusir buat secara catatan 'field-study' dengan mengikut serta merujuk beberapa bahagian di dalam buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI . Atas sebab itu Melaka adalah destinasi yang ditujui tambahan pula cuti sekolah sudah bermula. Dalam banyak-banyak tempat memang Cikgusir suka pergi ke Melaka. Tidak berapa pasti mengapa ia destinasi pilihan. Mungkin sejarahnya yang mencoret banyak peristiwa-peristiwa silam yang bercampur-baur kerana setiap peristiwa yang berlaku itu kini mengalir kekal di dalam garis masa serta meninggalkan kesan-kesan yang masih jelas hingga sekarang. Walaupun tempat-tempat utama seperti kawasan Banda Hilir telah banyak kali dilawati, namun Cikgusir rasa masih banyak lagi rahsia yang tersimpan yang masih belum diteroka. Porta Da Santiago, sebahagian tinggalan kota mahsyur A'Famosa. MELAKA DAN HOBI... Apabila berkunjung ke Melaka, tempat yang pertama dikunjungi adalah Muzium Setem Mel...

Bila Lensa Bicara: Sudah beraksi diberinya ekor...

Imej
"Moment" yang tak jadi... dia dah beraksi banyak, yang 'last' dia bagi ekor je... >> lagi gambar <<

Bila Lensa Bicara: Puss Among Books

Imej
Tak tahu dari mana datangnya; nak cari buku tiba-tiba sepasang mata merenung diri ini dari dalam rak buku. Tak mau lari, maka sempat lensa dicapai untuk mengambil foto SEEKOR KUCING BERSAMA BUKU . Sekian...

AFF SUZUKI CUP SEMI FINAL KEDUA: Malaysia vs Thailand

Imej
Apakah agaknya keputusan malam ni? Mudah-mudahan HARIMAU MALAYA tak tidur dan leka...