Catatan

Hasilan Terkini Fotografi : Wajah-wajah ceria

Imej
Hobi fotografi ku diteruskan. Kali ini gambar-gambar yang bertemakan wajah-wajah ceria ketika Program Gotong Royong Perdana 2009 di SMK Gedangsa menjadi subjek pilihan. Untuk melihat koleksi gambar-gambar sila klik di sini ( facebook ) atau di sini ( Flickr )

Gembirakah aku akan berita itu...?

Hmm... lama jugak laman blog ni aku tak update... (eh ... salah... kemaskini) dan dengan itu juga sudah lebih kurang lima hari pengumuman mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris diumumkan oleh Tan Sri Muhyidin. Semenjak dari pengumuman itu, di mana-mana pun aku ditanya mengenai pendapat ku. Jawapan ku hanyalah mudah..."Sudah diumum, apa guna diulas... keputusannya muktamad" walaupun di dalam hati terbit rasa kesal atas pengumuman itu. Lagipun siapalah aku di dalam dunia pendidikan untuk menentang keputusan muktamad itu. Akan tetapi, persoalan-persoalan terus aku terima bagai mendesak aku untuk memberi ulasan lebih lanjut daripada apa yang aku perkatakan di atas. Akhirnya terpaksa juga aku terjebak juga dengan memberikan beberapa hujah yang selama ini terpendam di fikiran ku. Perdebatan itu berlaku di dalam laman sosial "FACEBOOK". Aku termakan dengan komen provokasi yang dicatatkan di 'wall' peribadi salah...

Rutin Telefon Bimbit ku di Hari Guru...

Imej
Kesian pun ada pada Si telefon bimbit ku yang jenamanya macam jenama kereta + minuman bergas itu. Setiap minit ianya menerima pesanan-pesanan teks yang mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat tuannya... di bawah adalah pesanan-pesanan yang telah diterima... A good teacher is like a lighthouse. It doesn't ring bells or fire guns to call attention to its luminance. It simply shines. HAPPY TEACHER'S DAY Selvakumar Selvarajan God has given EYES: to look at you. HANDS: to pray for you. MIND: to remember you. HEART: to think of you and MOUTH to wish you HAPPY TEACHER'S DAY! Robert Collins Bertaring tidak mengerkah, berkuku tidak mencakar, berkuasa tidak memaksa, berpengetahuan tidak membodohkan, berpangkat tidak menghembat, berani tidak melesi, berakal tidak menjual, berharta tidak aniaya, tinggi tidak menimpa, besar tidak meledan, bertaji tidak memupur. Guru Pembina Negara Bangsa... SELAMAT HARI GURU 2009 Shamsudin Adnan Dulu dia pegang rotan kau kata dia garang, Bila dia lambat masu...

Ku Tanyakan Pada Sang Guru...

Imej
Ku Tanyakan Pada Sang Guru Wahai guru ku, ceritalah apa asal mu... Hai anak... Aku juga insan seperti mu dulu Mentah tiada haluan namun terima bimbingan Oleh Sang Guru seperti ku Pelbagai nasihat sebagai iringan Wahai guru ku, katakanlah apa pinta mu... Hai anak... Hadiahkanlah aku sebutir bintang kejayaan Cukup bagi ku untuk dibawa sebagai kepuasan Bagi mu ia kejayaan Bagi ku ia anugerah sepanjang zaman Wahai guru ku, ceritalah apa rahsia mu Hai anak... Terpikul atas ku tanggungjawab maha berat Tugas mendidik sebagai amanat Akan dihisab di Hari Akhirat Wahai guru ku, berikanlah aku satu amanat... Hai anak... Gunakanlah segala ajar ku Untuk bekal diri mu Agar tiada susah menghurungi mu Terpakailah ia sebagai ilmu Wahai guru ku, Terima kasih atas luangan waktu mu buat diriku... mendidik dan memimpin ku agar terdidik jiwa bersamanya berkembang ilmu mampu bersaing sebagai insan dan khalifah ALLAH di bumi warisan nenek moyang ku... Nukilan, Cikgu Faisal Farish 16 Mei 2009 Sempena Sambutan ...

Terpesonalah akan ku pada naskhah lama itu...

Imej
Angin Purba... Di suatu sudut sebuah Khutub Khanah, Sang Guru menunggu tibanya naskhah akhbar harian yang selalu dibacanya. Namun pada ketika itu masih tiada naskhah terkini yang tiba. Dilanda kebosanan menunggu, lalu dicapainya sebuah buku di atas rak yang berdekatan dengan tempat duduknya. Dibukanya helaian buku itu satu persatu. Terpesonalah akan dia dengan gaya bahasa lama yang diguna oleh Sang penulis naskhah buku warisan itu. Naluri bahasanya bergelodak maka bertiuplah angin purba melanda diri Sang Guru itu dan terus-terusan dibacanya setiap helaian hinggalah ke halaman bernombor 104. Di halaman itu Sang Guru terpaku sejenak dengan menyedari betapa cendekianya Sang penulis naskhah warisan itu. Abdullah Munsyi, gelaran bagi Sang penulis itu. Cendekiawan Memberi Nasihat: Syarat menjadi guru.... Lama juga aku membaca 'Hikayat Abdullah' itu. Suatu ketika dahulu pernah juga aku membaca, tapi tidak pula aku dapat merasakan perasaan seperti ini. Aku bagai tersedar betapa karang...

PPSMI: Pencetus idea memberi reaksi

http://chedet.co.cc/cgi-bin/mt4/mt-tb.cgi/186

Satu pencapaian hebat bagi seorang murid..

Imej
Suatu hari... bertarikh 24 Febuari 2009. Nun di suatu sudut, seorang murid sangat gembira dengan pencapaian yang beliau perolehi pada hari itu. Pastinya kepuasan yang amat sangat telah diperolehi atas apa yang dilakukannya membuktikan dia seorang yang serba boleh. Di suatu sudut yang lain, seorang guru yang baru sahaja habis dua sesi pengajaran dan pembelajaran serta baru selesai bersarapan telah dihampiri oleh 2 orang murid perempuan yang dari roman wajah mereka tertera suatu kemusykilan… BERITA RINGKAS DI SUATU PAGI… "Assalamualaikum cikgu, kami nak bagi tau, tayar kereta cikgu memang pancit ke?." "Hah...?" aku terkedu pelik. Aku segera mendapatkan keretaku. Memang betul. Kempis terus tayar sebelah kanan hadapan. Tidak ada tindakan susulan yang aku buat hanya menunggu sehingga sesi persekolahan itu tamat untuk aku menukar roda itu dengan tayar simpanan yang ada. Tayar itu tertusuk paku atau benda yang tajam barangkali. Ku angkat pula tombol pintu kereta u...