Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak

Imej
Tak dapat dinafikan Perak adalah di antara dua atau tiga buah negeri Semenanjung yang paling terkemuka dalam sejarah Malaysia. Selain daripada Kedah, Perak adalah negeri yang tertua; kesultanan Perak dipercayai telah diasaskan pada tahun 1528. (Khoo Kay Kim, 1986) Memetik kata-kata Prof. Khoo Kay Kim di atas, Cikgusir pada kali ini berkongsi satu lagi buku yang dibeli ketika melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak pada beberapa tahun yang lepas. Buku karangan M.A FAWZI BASRI ini diterbitkan pada tahun 1986. Seperti yang dikatakan oleh Prof Khoo Kay Kim, sejarah Perak ini tidak dapat tidak harus kita ketahui kerana ia merupakan antara negeri yang tertua di dalam persekutuan Malaysia. Kulit Buku Buku ini menyentuh banyak hal sedari awalnya sejarah negeri Perak iaitu yang bersandarkan bukti-bukti arkeologi bertarikh 8000 tahun SM sehinggalah kepada kewujudan Kesultanan Perak abad ke-20. Jikalau dilihat pada keadaan buku ini, Cikgusir rasa ianya sudah lama terperam di kaunt