Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Bila Lensa Bicara: Sketsa Raya

Imej
Den tak kigho den nak jugak kueh samprit tu... Cubo koba  an mano kau lotak kueh tu... Buek bodoh pulak... nanti la den kobaan kek Tok Pengulu tau la kau

Bersediakah? Jangan risau PTPTN kan adoo..

Imej
Ada seorang kawan pernah beritahu Cikgusir, kalau nak belajar berenang mestilah masuk ke dalam air. Kalau tidak sampai bila-bila pun tak akan pandai berenang. Maka dengan itu Cikgusir dah letakkan hujung kaki sebelah pada gigi air. Harap-harap berjayalah hendaknya.  Amin. Benda ni kalau tak sendiri mulakan mana nak gerak ye tak... teringat pada satu syair Arab dalam buku karangan Za'ba yang berbunyi... Tidak ada yang boleh menggaru gatal kulitmu Sama seperti kuku tanganmu sendiri; Sebab itu buatlah olehmu sendiri Segala kerja tanggungan dirimu. Maka tanamkan dalam diri... TIADA MASA LAGI UNTUK BERMAIN-MAIN... MASA UNTUK SERIUS! (Serius ke.. he he)

Melawat Melaka 02: Kemusnahan A'Famosa akibat 'VANDALISM' Inggeris.

Imej
A'Famosa atau Porta De Santiago? Tinggalkan dahulu kisah Sultan Hussein Shah Sultan Singapura yang mana riwayat hidup baginda penuh ranjau diperdaya Inggeris. Cikgusir teruskan mencatat tentang suatu struktur yang ada dicatatkan di dalam 'Hikayat Abdullah' Gambar di atas adalah 'Porta de Santiago' iaitu salah satu pintu gerbang Kota Melaka atau di dalam bahasa Portugisnya disebut A'Famosa; bermaksud "Yang Masyhur". Namun kini setelah dimusnahkan Inggeris dengan susah payah, hanya cebisan di atas sahaja yang tinggal. Cebisan gerbang kota itulah yang sering dianggap sebagai A'Famosa. Sedangkan A'Famosa yang sebenarnya amatlah luas mengelilingi bandar Melaka. Pelan Kota Melaka 1744 Di dalam 'Hikayat Abdullah' Bab V, dicatatkan tajuk 'Darihal Kota Melaka'. Di dalam bab ini Abdullah menyatakan kekesalan beliau atas tindakan pemerintah Inggeris ketika itu yang tidak pandai menghargai nilai sejarah sesuatu sen

Sajak: Seruan Pertama Itu

Aku kembali membaca Ayat pertama itu Diturunkan dengan memaksa untuk membaca Ku fahami denyut nadi Sang Utusan Terpilih itu Kaku... tiada mengerti... apa yang harus dibacanya Di dalam dakapan makhluk asalnya cahaya Satu dakapan di dalam seruan Ku mengerti akan suasana itu... Hening... Dinginnya keringat... Apa yang harus dibaca...? Bacalah...  Bagaimana harus ku baca? ...dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Siapakah Dia? Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Apa lagi seruan Mu? Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Siapakah Dia? Yang mengajar (manusia) dengan pena. Apakah yang diajarnya? Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Lalu ku mengerti Membaca itu kunci ruangnya ilmu Banyak yang harus ku bongkar Ku mohon  Moga diri dipandukan Melalui jalan yang lurus Bukan jalan yang menyesatkan (Sajak yang terinspirasi dari Surah al-'Alaq | 04 Ogos )